Jom Follow

Isnin, 6 Jun 2011

MLM-Sponsor3


mula-mula kami join dulu.
masa tu akhir 20-an.
masih bersemangat. keperluan masih banyak belum terpenuh.
kereta untuk keluarga.
rumah untuk keselesaan keluarga.
aset-aset belum ada.
hutang banyak. hutang tetap hutang.
insurans kesihatan belum cukup.
simpanan hari tua belum ada.
walaupun anak baru seorang.
kosnya boleh tahan.
tambahan pulak berada kat sekolah dalam lingkungan mereka yang dah stabil.
dah miliki apa yang mereka mahu.
jadi tertanya-tanya dalam benak pikiran.
Adakah aku kena tunggu umur seperti mereka baru boleh hidup seperti yang aku impikan?
dah lewat. mesti ada jalan singkat menuju ke kehidupan seperti mereka yang dah mantap income mereka.
jadi sesuai sangat, kami mulakan langkah. memulai dunia mlm.

kami cari prospek umur yang lebih kurang kami.
menjadi-jadi ketika itu.
semuanya bersemangat. nak duit lebih. nak tambah pendapatan. 
nak beli rumah lebih besar lagi. nak tambah kereta lagi.
rancak berniaga. tenaga masih kuat. impian masih besar.
 hari-hari jumpa prospek. balik sekolah terus ke medan.
bergelumang dengan meniaga. balik rumah pun lewat malam.


sekarang ni ape jadi?
kami masih menaja kawan-kawan yang sebaya dengan kami.
tapi umur dah meningkat dah jadi lewat 30-an.
kawan-kawan pun dah jadi stabil.
kalau suami isteri kerja, gaji pun dah cecah RM10K sebulan.
rumah ada, kereta ada.
aset dah mula ada.
tak teringin nak tambah income lagi.
kehidupan sibuk dengan anak-anak.

hantar anak ke sekolah.
ambil anak dari sekolah.
hantar anak ngaji al-quran.
ambil anak dari ngaji al-quran.
hantar anak gi tuisyen.
ambil anak dari tuisyen.
hujung minggu nak rehat. 
kehidupan yang padat sepanjang minggu.


kalau aku ajak mereka.
memang mereka akan join.
pakej penuh lagi.
adakah mereka akan 'gile-gile' buat.
tak ramai yang sanggup.
baru bermula dunia mlm diusia ini,
sikit sukar. sibuk mengurus keluarga.
mereka buat tak lama.
mereka terjun pun untuk ambil hati kita je.
mereka join, sekadar mencuba.
berhenti sebelum berjaya.
halangan sedikit dah mereka dah give up.
rintangan sikit dah tarik diri.
tak buat mlm, gaji pun dah boleh tahan.
buat apa nak tambah sibuk lagi.
sekarang ni pun dah sibuk.
tambah penat. kata mereka.


habis tu siapa mahu disponsor lagi?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger