Jom Follow

Ahad, 12 Jun 2011

Final Piala FA3: Rebah Depan Piala.....

Semalam.
Aku ke Stadium Bukit Jalil.
Aku bersama Cdm Kartini, Cdm Muhammad Razali dan Cdm Indawati.
Menyaksikan perlawanan akhir piala fa 2011.
Memilih untuk datang lewat sikit.
Malas sangkut kesesakan lalu lintas.
penuh stadium.
nak masuk ke Grandstand pun tak boleh.
penuh sesak, nak melangkah pun tak boleh.
padahal kami beli tiket grandstand.
ramai yang main masuk je.



Penuh.
Pandangan ini dari pentas utama.
2/3 stadium dipenuhi oleh penyokong Kelantan.
Merah mmerang.
wajah-wajah ceria. menanti sepak mula.
penantian penuh pengharapan mengharapkan kemenangan mutlak.

Merah nampak.
penuh semangat. harap menang.
Aku dan Cdm Muhammad Razali. Sentiasa hadir beri sokongan.


wajah penyokong fanatik.
menarik!
Rakam buat kenangan.
Sekali seumur hidup.
Final Piala FA 2011.

Serbu.Serbu.Serbu
Rehat separuh masa pertama.

Semalam ramai yang kecewa.
Datang jauh-jauh penuh keghairahan.
Pulang ke asal dengan kelukaan.
Bila pasukan kesayangan dimalukan pasukan lawan.
Piala kemenangan dalam gengaman terlepas terpalit kecewa.
Alpa dengan mendahului 1-0, ingatkan semangat 'peteh' berkubur.
Tapi semangat melawan menjadi-jadi bila melihat pasukan kelantan,
Seolah-olah merayakan kemenangan sebelum masa perlawanan berakhir.
Kejar bola dah malas. main kuis-kuis je bola. tendangan pun asyik tersasar.
Sepatut selepas mendahului terus menyerang, sajikan kemenangan dengan bergaya
Matikan terus semangat melawan musuh. Ini tidak semangat juang kita yang tercicir.
harapkan Tuhan membantu, padahal kita dah lemas ketika mendahului.
peteh semakin menyerang, ketika perlawanan menuju penamat.
kelantan bertahan dalam suka. kelantan bertahan dalam ceria.
rupa-rupanya berakhir dengan tangisan. sesal pun dah tak berguna.
lain kali mainlah sampai pengadil tiup wiselnya tanda perlawanan telah tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger