Jom Follow

Selasa, 28 Jun 2011

Maharaja Lawak Akhir


Sepah Juara Maharaja Lawak. Dapat RM350,000. Berbaloi penantian selama 13 minggu. Perah otak cari idea bukan mudah. Penangan persembahan terakhir mereka, beri impak yang besar terhadap undian mereka. Jangan kecewa peminat Jozan. Jozan tetap menang dihati anda semua. Kami datang nak saksikan mereka secara live. Ternyata menyeronokkan. Rasanya 3 jam berada kat stadium Malawati berbaloi. Dapat lihat ragam-ragam mereka yang bergelar artis. Ada suka dan tak kurang juga yang meluat. Terpikir juga aku, jadi artis kena jadi begini ke..

Celah-celah kesibukan berniaga. Sempat juga hadirkan diri, lihat Pertandingan Maharaja Lawak Akhir. Teruja tengok peserta beraksi. Bukan mudah nak buat orang ketawa. Bukan mudah, untuk orang undi kita. Tapi kalau kita buat yang terbaik dan nampak kesungguhan kita, peminat tetap bersama dengan kita. Ramai juga yang ambil kesempatan edar flayer, letak kat kereta penonton. Ada 3,4 jenis flayers yang berbeza. Cara mudah, tapi belum tentu cara paling berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable