Hari ke 2.
Melancong ke Hong Kong.
Pagi yang cukup-cukup ceria.
Namun hati-hati terbakar semalam,
Menjemput pagi dengan penuh hikmah.
Meniaga pasti menjadi-jadi bila kembali ke medan.
Orang lain boleh, malah menjadi-jadi,
Kenapa tidak kita yang menjadi-jadi.
Berkira-kira, apakah silap kita.
Apa yang mahu kita perbetulkan.
Adakah sekadar melihat saja.
Fenomena Hai-o kembali semula
Berkira-kira, apakah silap kita.
Apa yang mahu kita perbetulkan.
Adakah sekadar melihat saja.
Fenomena Hai-o kembali semula
Tempat kami bersarapan pagi tadi, Ialamic Centre Canteen, 5/F, Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Rd., Wanchai, HK. Sebelum bergerak ke Disneyland Hong Kong. Dim sum dan nasi goreng. |
Bergambar sebagai kenangan. Bukan selalu datang pun. Mungkin ini kali pertama dan terakhir. Harap Hai-o, buat trip lagi ke sini. Mungkin kita pakat-pakat datang. |
Menanti bas, bertolak ke tempat tujuan datang ke sini. Anak-anak dah tak sabar. Makan pun tak mahu. Senyum pun malas. Masam je. Nak cepat sampai ke disneyland. Nak jumpa Mickey. |
Doa pada Allah, berilah kekuatan dan ilham untuk kami terus hidup berlandaskan kecemerlangan. Berilah kekuatan pada kami. Apa yang kami buat, kami akan buat dengan cara terbaik. |
Amin. |
Gaya seorang leader. |
Depan pintu masuk disneyland hong kong.....kali k2 kami sampai. tetap teruja nak masuk. tengok ramainya orang, terkedu juga, kena lama tunggu setiap permaianan. Jangan main kucing-kucing!!! |
Cdm Kartini bersama Pak Cha dan isteri. Melancong ke Hong Kong, kenangan tak mungkin dilupa. Cucu dah 6, baru sampai ke sini. Bersyukur yang masih muda dah sampai sini. |
Lihat cdm dzul tu.. |
Nak terbang ke mana. Ke holland/belgium. Ada yang dah lepas. Kita macamana.Bila nak mula. |
Ramainya manusia nak masuk disneyland. hari minggu dan hari bapa. hari ini panas. |
Cdm apit Ddm. balik hong kong pasti meloncat ke tangga Cdm. Tak boleh tahan lagi. |
Baru lepas gate masuk. Happy sakan. |
Ccm Mahmud keseorangan kali ini, tanpa Cdm Hamsah. Cdm sibuk, naikkan kembali zaman gemilang Sabah. |
Ramai-ramai pakai topi mickey..... |
Senyum penuh makna. Senyum penuh suka.Senyum penuh harapan. |
Sama-sama yakin dengan potensi diri yang dimiliki. Tunggu hasilnya nanti. Semalam dah nyata segalanya, meniaga kita telah bangkit semula. |
Ddm macam keseorangan, tapi tidakkkkkkk. |
Makan tengahhari di disneyland. tempahan khusus untuk makanan halal. hari ini saja. |
Tangan mula penuh. Ini baru 1/2 hari di disneyland, belum esok lagi. lihat dan semua nak. cantik dan hanya kat sini sahaja ada. bajunya cantik untuk anak-anak, lebih-lebih lagi anak perempuan. |
Dalam MRT. Balik dari disneyland..cabut awal. rehat dan keluar lagi. |
Belajar jalan sendiri. Naik MRT. Senang dan lebih hemat. dapat lihat lebih dekat cara hidup masyarakat sini. |
Dari bendang ke disneyland hong kong bersama isteri. siapa pun tak sangka, tapi itulah hakikatnya. |
Cukuplah.
dah tiba masanya.
kita bergerak ke landasan gemilang.
tinggalkan cerita-cerita putih dan hitam masa lalu.
Meniaga ini memang ada masa depan dan usahlah goyah.
usahlah terjun bersama strategi kelam kita.
Kita ada cara dan strategi.
jom buat saja.
lihatlah hasilnya nanti.
pada warga Akademi Taipan181.
masanya telah tiba. kita ke mercu kejayaan.
bersama mereka yang tersisa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan