Jom Follow

Sabtu, 4 Jun 2011

Menaja???


bertamu lagi.
petang sabtu yang nyaman dan ceria.
Sabtu yang mendamaikan minda. Sabtu yang penuh appt.
Sabtu yang penuh dengan keajaiban. jumpa dan terus closing.
closing?
apa tu. 
masuk ahli atau masuk pakej.
tanda setuju nak masuk tapi belum benar-benar masuk.
setuju nak join dan isnin baru nak siapkan dokumen.
setuju nak bersama-sama kaya dengan kita, tapi belum transfer duit lagi.

ada macam-macam orang.
jumpa dan prospek kata 'ok' dah dikira closing.
jumpa dan isi borang ahli dah dikira closing.
jumpa dan isi borang ahli, proses dana dah dikira closing.

syarikat kata closing bila dah punch sales. dah transfer duit dan barang bertukar tangan.
sebelum itu macam-macam boleh jadi.
tak jadi masuk. nak pikir dulu. nak pikir lagi. nak test market dulu atau masuk bulan depan.
lebih parah lagi, tak jadi masuk. call dah tak berangkat. sms dah berbalas. dah melarikan diri.
ada juga yang masuk dengan orang lain atau group lain. ada juga yang masuk dengan sedara-mara pulak. sebelum ni tak pulak sedara mara yang meniaga mlm ini.
macam-macam ada. kena terimalah orang itu bukan rezeki bersama kita...ingat setelah kita berusaha setekun mungkin..kalau buat alar kadar tak boleh kata tak ada rezeki bersama kita.

meniaga mlm ni unik sikit.
hanya 4,5,6 kaki yang hidup dah ok.
nak 1 kaki yang hidup itu, mungkin perlukan 10 kaki yang ditaja.
nak 6 kaki yang hidup, mungkin perlukan 60 kaki kita dah sponsor.
mana ada orang taja 10.
semua 10 hidup. kadang-kadang belum sampai 15 hari 4 dah tak nak teruskan.
6 lagi tinggal. 2 bulan 3 lagi yang akan mati. tinggal lagi 2. 6 bulan tinggal hanya 1 je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger