bertamu lagi hari ini. hari jumaat. 3/6/2011. telah selamat disemadikan jenazah kunaini pagi tadi.
segala kisah dan kenangan bersama ddm kunaini hanya akan kekal dalam sanubari masing-masing.
siapa yang pernah kenalnya.
siapa yang pernah berjumpa dengannya.
siapa yang pernah bergurau senda dengannya.
siapa yang pernah mendidiknya.
siapa yang pernah pimpinnya.
siapa yang pernah rasai kek lapisnya.
siapa yang pernah berguru dengannya
siapa yang pernah menolongnya.
siapa yang pernah dididiknya.
siapa yang pernah berkongsi cerita dengannya.
siapa yang pernah makan minum bersamanya.
siapa yang pernah melancong bersamanya.
kenanglah saat indah itu.
ingat saat indah itu.
ianya tak akan kembali lagi.
empunya diri telah meninggalkan anda dan aku.
ahad dari pagi sampai jam 8.30 malam.
aku dan isteri masih bersamanya.
dengar cerita dukanya semasa kecil.
dengar cerita susahnya semasa kecil.
semasa bersekolah rendah tak pernah pakai baju baru.
hanya pakai baju orang beri.
dia bercerita, setiap kali berkumpul dengan ibunya.
kisah-kisah lampau pasti diulang-ulang.
dia dan adik beradik akan menangis setiap kali mendengar kisah-kisah lampau.
biar beribu kali mendengarnya, menangis tetap menangis.
kini, segalanya tinggal kenangan.
dia telah bekerja dan berniaga mlm.
segalanya dah berubah.
sayangnya.....
terlalu cepat dia pergi.
tiba-tiba dia pergi
kita hanya pasrah.
kita tak boleh tahan dia dari pergi.
hanya gambar dan video pengubat rindu.
setiap kali kita merinduinya sedeqahlah al-fatihah buatnya.
dalam ketawa, beliau pergi.
dalam ceria, beliau pergi.
dalam gembira, beliau pergi.
dalam sibuk berniaga, beliau pergi.
dalam kita menanti-nanti cdmnya beliau, beliau pergi.
sibuk closing, beliau pergi.
apa yang terjadi, jadikan peringatan buat aku.
bersediakah aku untuk mengadapNya.
apakah dah bertaubat.
semak solat semua cukup.
puasa dah cukup.
zakat dah cukup.
terlalu muda.
tak sakit tak ada apa.
seperti aku.
kalau aku pergi.
apakah aku, dah jalani hidup ini di atas landasan agama.
apakah aku jalani hidup ini di atas suruhanMu.
apakah aku jalani hidup ini di atas keredhaanMu.
adakah kamu dah bersedia....
saat kematian akan tiba.
bila aku tak tahu.
ya Allah ampunilah dosa-dosa aku.
aku hambaMu yang lemah.
sentiasa berbuat dosa.
samada dosa kecil atau dosa besar.
dosa aku sedar atau tak sedar.
dosa lama, dosa baru.
dosa tangan, dosa mulut, dosa telinga, dosa kaki
dan banyak lagi dosa.
kalau Engkau tak ampunkan.
akulah orang yang paling aniaya dan rugi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan