Jom Follow

Jumaat, 24 Jun 2011

Pas Masuk Maharaja Lawak 2011

Tak pernah gi tengok. Kali ini final. Ada pas masuk. Tak akan lepas peluang ini. Malam ini, aku dan isteri, cdm Kartini akan ke stadium melawati. 2 minggu awal tengok TV. Lepas tu layan youtube. Tak masuk pun pakej warna. Nanti anak-anak melekat depan tv . Bermacam-macam cerita yang dihidangkan. Aku pun bisa melekat. Hilang tumpuan pada meniaga dan minat aku. Malam ini, akan aku gagahi jua. Lihat pentas akhir. Tengok lawak-lawak mereka yang bergelut dipentas akhir. Sukar nak tentukan siapa bakal menang RM300K. Lawak mereka malam ini jadi penentu. Aku pun kena undi malam ini. Tak boleh minat sahaja, tanpa bertindak. Sokong, tapi tak undi. Hampeh. Suka, tapi tak undi. Minat, tapi tak undi. Nak undi siapa? Rahsia. Sanggup perhabis duit malam ini. Kena bayar bil siap-siap. Biar puas hati mengundi. Asalkan menang..... jam 10pm, di stadium melawati. Kena hadirkan diri. Tak sabar nak lihat lawak-lawak maharaja lawak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger