Jom Follow

Ahad, 2 September 2012

JTS 8 Taipan Warriors.

JTS 8.
Sekali lagi berjaya diadakan.
Pada sabtu 1/9/2012.
Safira Club Bilik Teratai.
Aku dan CDM Kartini hadirkan diri.
Kongsi semangat & sedikit ilmu dengan warga ATM181 Utara.
Pecutan terakhir LOPA. Jangan ada yang kecewa akibat kurang dibakar ATM181.
ATM181 sentiasa bakar, cuma pihak tuan puan je yang terasa kurang terbakar.
Mungkin tuan puan harapkan api dari luar semata-mata untuk bakar semangat LOPA.
Tapi api dari dalam cukup-cukup penting untuk beri api yang maksimum dan lambat padam.
Api luar dan api dalam bergabung.
Wow! akibatnya dasyat sekali impaknya.
Tak percaya, lihat hasil mereka yang punyai dua api ini.

Bilik Teratai. Jadi saksi JTS 8. Jadi saksi kebangkitan ATM181 bulan 9.
Perjalana menuju Utara. Terpaksa singgah Pekan Bidor. Tukar tayar dulu. Pancit. Tak boleh tambal. Luka lama punya tempat. Nasib baik tayar spare ok. Alang-alang dah singgah Pekan Bidor. Pekena dulu nasib ayam herba dan mee bandung Bidor. Masa tu dah petang. Sesuai sangat isi perut.
Hampir jam 6.30 petang. Kami singgah dulu di Sunway Carnival.Cuci mata. Bangkitkan api dalam diri. Jenguk-jenguk kereta yang dipamerkan. Masih mahal. Kena tunggu lepas PRU13. PR kata nak turunkan harga kereta. Simpan duit dulu. Bila tiba masanya kita beli...hi!hi!hi!Tak lupa juga singgah kat Popular. Beli bekalan untuk malamnya. Kalau tak tak tahu nak buat apa.
Dari situ. Check in Safira Club. Nasib baik masih ada kekosongan. Bilik 1, dah habis. Cuma tinggal yang 2 bilik. 2 bilik pun bedallah. Asalkan boleh tidur lena, sampai pagi. hi!hi!hi!hi!

Aku pun pelik. Penuh. Penuh. Ada apa sekitar Seberang Jaya sehinggakan bilik penuh. Tak payah pikir. Bilik dah ada. Tidur jelah. Rehat je lah.

Malamnya selain dari baca buku. Teringin nak jumpa DSM Krie Paktam. Nasib baik dia free. Ajak datang Safira Club. Lama juga kami sembang-sembang dengan dia. Ternyata dia punya masa depan gemilang di ATM181. Hampir jam 12 juga baru dia balik.

Kami pun gi ke Pelita Sebarang Jaya. Nasi Dalca punya penangan. Sikit je bedal nasi. Habiskan ayam dah dalca je. Jaga makan sikit. Malas nak hadapi kering tengkok kalau makan nasi malam. Pelik dengar. Selalunya aku tak pikir semua itu. Bila puasa baru-baru ini. Aku dapat tidur lena, tanpa membedal nasi malam. Rasa sayang pulak....Bagi CDM Kartini je yang licinkan...

Tak lupa. Kat Pelita. Sembang dengan CDM Fitri. Macam biasa. Bincang pasal meniaga. Bincang pasal group. Bincang pasal strategi. Hampir jam 3 pagi baru siap. Maaf bukan siap, tapi dah kena balik. Esoknya pagi-pagi lagi dah kena bangun. Bersiap untuk program JTS 8 pula.
Menanti program bermula. Tak sabar, nak rumah terbuka. Demi ilmu, JTS 8 dulu.
Jejaka-jejaka menanti JTS 8 bermula.....!!!

Cabutan bertuah, JTS 8.
Lepas JTS 8. Terus balik. Malamnya ada jemputan rumah terbuka. Rugi tak pi. Belum keluar Safira Club, perancangan berubah. Tak sah kalau tak makan Sup Pak Din Ikan Bakar Bertam. Bergerak pula ke Bertam. Betul-betul makan punya. Lagi pun dari pagi lagi CDM Kartini tak makan. Jadi sedikit hevylah makannya.

Lepas makan bergerak ke KL. Jam 2 lebih kurang. Selisih dengan CDM Fitri. Tak jumpa. Lain kali jumpa lagi.

Sampai KL hampir maghrib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable