Bulan puasa.
Terkenang kisah lama.
Kisah dulu-dulu.
Ketika dapat tapak biz kat KL.
Nak dapat bukan senang.
Nak ambil borang.
Beribu-ribu orang beratur.
Ada juga yang datang untuk bos-bos.
Pekerja yang datang. Bos mesti datang.
Ada juga yang bawa sedara mara dari kampung.
Satu orang satu borang sahaja.
Nak dapat borang pun kena tunjuka buku akaun dulu.
Ada duit kat dalam tu RMXX.
Jumlah tepat aku tak ingat.
Lepas isi borang.
Tunggu untuk cabut undi pulak.
(Pusat belia cheras @ Stadium Titiwangsa)
Tapak sekitar 300 sahaja.
Tapak panas pula sekitar 50 petak saja.
Ada yang dapat tapak.
Jual je, dapat 3,4 ribu.
Dapat tapak cantik.
RM7K pun laku, berebut orang nak beli.
Tak dapat tapak, gi merayu.
Ada yang dapat juga akhirnya....
Bila puasa.
Mereka yang bertuah.
Dapat tapak, mula berniaga.
Awal-awal tak berapa ramai lagi yang buka.
Meniaga pun lebih kepada buah kurma.
Kain baju, tak berapa laku lagi.
Jual kurma.
Penjualnya tak puasa pun.
Bila ada pembeli tanya.
Sedap tak yang ini?
Dengan selamba penjualnya makan....
Ini aku tengok sendiri...
masa kami berbiz kat situ.
Jam 12, dah jenuh dok kilik air dan makanan.
Sembunyi bawah meja @ menyelik celah kain baju.
Melantak sakan...
Ada juga yang jam 10 pun dah bising.
Semalam tak sempat sahur!!!
Tanda-tanda awal tak puasa.
Jap lagi, gi beli air la tu.
Sebab itu ada juga yang tak nak berniaga kat situ.
Tak berkat katanya....ramai yang tak puasa...
hi!hi!hi!
Kes peniaga x puasa tu.
Terlalu biasa jumpa.
Kami pun berbiz kat situ dalam 2,3 kali je.
Tapi pengalaman bergaul dengan orang tak puasa ni dah masak.
Itu belum lagi pasal solat menyolat.
Sekarang ni, aku dah tak berbiz.
Dah tak tahu lagi.
Masih ada lagi ke penyakit tersebut....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan