Bertamu lagi.
Pagi khamis, hujan. Sejukkan bumi.
Suburkan kebun-kebun.
2 entri lepas pasal Guangzhou.
Hari ini, masih lagi kisah Guangzhou.
Entri hari ini, kemeriahan dan keseronokan hari pertama.
Sampai je kat Guangzhou.
Lepas urusan kastam dan imigresin.
Sedikit lambat, ada masalah sikit.
Ada delegasi(bukan ATM), bagasinya tertinggal kat KLIA.
Bawa bagasi masing-masing. Bas parkir nun jauh di sana. Hampir 2KM menapak. Jauh tapi gembira. Sampai sini je troli. Kena naik escalator. Nak seberang jalan. |
Bila selesai.
Bergerak, menuju bas.
Wow! jauhnya kena menapak.
Kesian pada yang usia emas & bagasi besar dan berat.
Delegasi diperkenalkan dengan Amy.
Amy pemandu pelancong.
Warga ATM dilepaskan dalam ini. 4 level. Penuh dengan kedai. Murah pulak tu. Amat menggoncang jiwa warga ATM. Banyak bawa duit. |
Destinasi shopping pertama.
Highsun String &Cloth Market.
Trip kali ini, hanya shopping.
Tak ada lawatan-lawatan lagi.
Nak penuhkan hasrat hati ATM.
Pilih jangan tak pilih. Murah! Rugi tak beli. CDM Kartini belum panas lagi. Baru suam-suam kuku baru. hi!hi!hi! |
CDM Lin & DSM Lenda. 2 tangan dah penuh. Borong alas meja. ha!ha!ha! |
CDM Faridah bawa warga ATM serbu ini kedai. |
Hasil setelah 2 jam, melontar. Langsir untuk raya. Murah. Beli! Ada yang beli untuk 1 rumah, dengan kos RM150 sahaja. |
Ketika warga ATM, sibuk melontar.
Aku tunai dulu perintah Allah.
Solat dulu, bila dah sudah lega. Nak shopping pun senang hati.
Pilih punya pilih. Ini paling sesuai. |
Tak susah nak solat. Kawasan lapang banyak. |
Aku lepak kat sini.
Perhatikan manusia jalani kehidupan.
Kerja keras kunci kejayaan.
Ramai juga Orang Arab yang melintas.
Orang dari Afrika pun ramai.
Masih bekerja. Pilih berniaga. Jual buah. Bijak komunikasi, banyak terjual. Bakul belah kanan buah laici & mata kuching. Belah kiri buah manggis. |
Kaum Adam. Tak minat dengan langsir dan cadar. Turun awal. Lepak sambil sambung nyawa. |
Dah siap memborong.
Perut pun dah berbunyi-bunyi.
Makin lama, makin kuat bunyinya.
Makan terakhir masuk perut, masa atas flight tadi.
Makan time.
Guangzhou City Qinghai Moslem Restaurant.
Melantak sakan, kena isi lebih nak tampung sampai esok pagi.
Masa baru jam 6.00 petang.
Restorant pilihan Hai-O. Makanannya pun sedap. Memenuhi selera. Tak lah sama dengan Nasi Kandar. Luas dan muat untuk 3 bas. |
Dah kenyang. Lega. Tunggu nak melontar terakhir hari pertama. |
Licin lemu. Tinggal apa yang tak leh masuk je. |
Shopping sudah. Makan sudah.
Shopping lagi. Melontar lagi.
Kali ini Warga ATM di bawa ke Shangxiajiu Pedestrian Street.
Pusat shopping terkenal di Guangzhou.
Kat sini aku dah hilang nak pukul gambar.
Hanya ambil dari wall rakan ATM sahaja.
Wow! Meriah! Ramai! Padat! Amat luas! Bisa sesat! |
Ramainya manusia. Jalan ke shopping. Itu aku tak tahu. Sini lepak pun boleh. Tengok gelagat manusia. |
Sekitar sini, banyak arca-arca. |
Kat sini, kami diberi masa 2 jam lebih.
Aku 30 minit dah puas.
Hanya jalan-jalan saja. Nak shopping, tak tahu nak beli apa.
Dok melepak kat pentas sudahnya.
Check in hotel.
Tidur sakan.
Seharian bergerak.
ATM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan