Jom Follow

Ahad, 8 Julai 2012

Kelantan Juara Liga Super 2012.

Tahniah Kelantan.
Juara Piala Liga 2012.
Tahun ke 2, berturut-turut.
Malam tadi tewaskan Perak.
(6-0)
Perlawanan yang cukup menghiburkan.
Aku & Isteri layan perlawanan tu di Karangkraf.
Nak rasa lebih syoook.
Nok gi stadium jauh sangat.
Nak tengok dumoh, tak berapa puas.

Ini kali ke-2  kami layan bola kat sana.
Macam-macam karenah penyokong Kelate.
Paling syok dengar, hiburan free.
Layan bola, lagu-lagu dikir, paluan gendang.
Orang muda. Orang tua. Budak-budak.
Anak kecil pun dibawa oleh ibu.
Macam kat stadium juga lagaknya...

Kelantan kumpul 57 mata.
Lion IIX kutip 50 mata.
Baki 2 perlawanan.
Dah tak boleh kejar Kelantan.

Aku kongsi foto ini dengan peminat Kelate semua.
 

Skrin besar....penuhi kehendak peminat bola Kelate.

Bersila...bawa tikar masing-masing.

Ralit! Tumpuan penuh.

Wow! Macam kat stadium.

Kegembiraan.....

Kami menang! Kelate menang!

Minum lepas menang. Kat Bandar Kinrara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable