Jom Follow

Rabu, 18 Julai 2012

4 Hari Guangzhou...

Kuala Lumpur.
GuangZhou.
Seminar Seberang Laut.
14-17 Julai 2012.

14 Julai 2012.
KL ~ Guangzhou.
 
No Pesawat: MH 376.
Waktu Berlepas: 9.30 AM.
Waktu Tiba : 1.35 PM
Berkumpul : 6.30 AM.
Bertolak dari Kinrara : 6.00 AM.

Menginap: Rosedale Hotel.
Alamat: 348 Jiang Nan Da Road Central,
Guangzhou, China.

Hari 1.
Lepas urusan kastam dan imigresen.
 
Jam 2.00 PM.
Bertolak ke Highsun String & Cloth Market.
Destinasi melontar pertama kami.
Ramai juga yang penuh 2-2 tangan.
Itu pun melintar dengan berhati-hati.


Jam 6.00 PM.
Makan Malam.
Guangzhou City Ginghai Moslem Restaurant.
 Ramai yang dah kebulur..
terutamanya!!!!
 
Lepas Makan Malam.
Bergerak ke ShangxiajiuPedestrian Street.
Aktiviti melontar ke 2
Wow! Melontar yang menyeronokkan.
Penuh dengan manusia.
Macam-macam gelagat penjual, nak lariskan barangan mereka.
Destinasi wajib Guangzhou.
 
Check in hotel....
Rosedale Hotel.
 
Hari ke 2.
Breakfast di hotel.
Canton Tower.
Group foto berlatarbelakangkan Canton Tower.
Luas dan menarik. Cuaca panas.
 
Onelink International Plaza.
Aktiviti melontar ke 3.
Melontar mula panas.
2 tangan dah tak cukup.

Makan tengahari.
Aku tak ingat restorannya..
Melontar lagi.
Aktiviti melontar ke 4
Baiyun World Elaborate  Leather Trading And Exzibition Center.
Ramai yang was-was nak melontar kat sini.
Masuk sekejap, suhu melontar naik mendadak.
45 minit janji jadi 90 minit sudahnya.
 
Gala Dinner.
A Thousand And One Nights Restaurant.
No 899. JieFang BeiRoad, Next To China Hotel, Subway Exit No E.
Bas S, T, U, V, W, X, Y, Z
Meriah & Happy sakan. Memboyot sakan. Hilang diet.
ATM amat puas dan CDM Haryati dijemput untuk beri sedikit perkongsian.
 
 Hari ke 3.
Breakfast kat hotel.
Shenzen.
Perjalanan ambil masa 2 jam 30 minit.
Melawat Kilang Jade.
Cantik-cantik.
Wow! harga pun cantik.
Aku sekadar telan air liur saja.
Cincin yang aku bekenan....kekal diingatan.
 
Makan tengahari.
Shenzen Muslim Hotel Dining-Room.
No 2013 Wenjin South Rd, Shenzhen China.
Atas bumbung ada Masjid.
Solat Jamak&Qasar :Zuhur & Asar.
 
Melontar Kembali lagi.
Dah masuk kali ke 5.
Dongmen Shopping Street.
Destinasi wajib Shenzhen.
wow! teramat luas.
Orang pun penuh.
Boleh sesat.
Macam-macam ada. 
 
Makan malam.
ZFY MUSLIM FOOD- Xinzhou Branch.
7 Day Hotel-1st and 2nd floor, Binhe Rd, 
Futian District, Shenzhen.

Balik ke Guangzhou.
Sampai hotel.
Ada yang merehatkan diri.
Ada yang teruskan aktiviti melontar.
 
Beijing Lu.
Tempat melontar.
Sampai lewat.
Banyak kedai dah tutup.
Hanya ada 1,2 kedai yang buka.
Cukup untuk puaskan hati.

Hari ke 4
Breakfast kat Hotel.
 
Melawat Yuexiu Park.
Five Rams Sculpture..
Atas bukit. Nyaman. Redup.
Ramai dok bersenam.
Sihat-sihat belaka. Jimat kos perubatan.
Salah satu destinasi wajib Guanzhou.
 

Airport Baiyun.
Fly ke KL.
MH377.
Jam 3.00 PM.
Tiba KLIA: 7.15 PM.



 
 ATM


1 ulasan:

  1. Ada no tel SHEHZHEN MUSLIM HOTEL? Jika tak keberatan hrp dpt beri panduan & info. Syukran

    BalasPadam

Powered By Blogger