Jom Follow

Ahad, 1 Julai 2012

Pesta Buku Selangor 2012.

Salam.
Bertemu sekali lagi hari ini.
Kali pertama @ kali ke-2.
Aku tak berapa ingat..

Tak apa, berapa kali pun aku tak kisah.
Asalkan aku masih ada kesempatan mencatat.
Sejarah aku sebagai seorang network.

Tak payah nak pusing-pusing.
Tulis apa yang nak tulis.
Mudahkan. Jangan payahkan.
Semalam aku ke Pusat Konvensyen Shah Alam.
Ada Pesta Buku Selangor 2012.
29 Jun - 9 Jul 2012.

Nasib baik dah gi semalam.
Kalau tak, hari ini penuh sakan.
Susah nak pilih buku.

CDM Kartini & Aiman dipintu masuk Pesta Buku Selangor 2012.

Aiman; kiri, kanan tangan ada buku pilihan. Membaca Amalan Mulia.

Booth Karangkraf. Pelbagai pilihan buku dan majalah. Pilih saja. Jangan sayang duit nak beli buku. Tambah ilmu sebagai pelaburan jangka panjang. Berbaloi...
Booth banyak.
Buku-buku melayu banyak.
Buku kanak-kanak banyak.
Buku-buku komik banyak.
Buku-buku agama banyak.
Buku-buku motivasi banyak.
Buku-buku biografi banyak.

Aku seronok sakan.
Boleh tahan nak pilih.
Boleh tahan nak baca.
Boleh tahan nak beli.
Asalkan poket tebal.
Asalkan poket berisi.

Aku borong sakan.
Aku sapu sakan.
Buku-buku puisi....
Keluaran DBP jual dengan harga RM4 sahaja...
Semakin bertambah koleksi 'Rumah Buku'.

Jom bawa anak.
Jom bawa diri.
Beli buku. Beli buku.Beli buku.
Banyak tersedia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger