Jom Follow

Selasa, 31 Julai 2012

Kisah Rasul Pilihan 1.


Malam semakin larut. Masih segar. Tak mengantuk. Tiba-tiba aku terpandang buku ini. 'Kisah Rasul Pilihan 1. Nabi Ayub, Musa & Isa. Aku beli untuk Baby baca. 

Aku pun baca. Menarik. Amat sesuai untuk anak-anak. Ringkas tapi padat. Ayat-ayat yang digunakan pun mudah. Siap warna lagi tulisannya. Ada juga tulisan jawi.

Buku ini ditulis oleh Prof. Dr. Saedah Siraj. Pakar pendidikan Kanak-kanak. Buku ini diterbitkan oleh inteampublishing. Mempunyai 171 mukasurat. Buku ini cetakan pertama; Januari 2012. Harganya RM28 sahaja. Aku beli kat Kedai Buku Popular IOI. Dapat 10% diskaun. Jadi member...

Hadiahkan pada anak-anak. Mereka baca dan tahu pasal nabi-nabi. Kita nak cerita pada mereka, kita pun tak berapa mahir. Jadi buku ini membantu kita. Bagi buku, suruh mereka baca. InsyaAllah mereka akan tahu, secara ringkas.

1 ulasan:

Powered By Blogger