Melontar saat akhir.
Melontar perabih RMB.
Melontar waktu kecemasan.
Melontar penuh kekalutan.
Balik Shenzhen lebih kurang jam 10 malam.
Sampai-sampai je kat hotel.
Ada yang bagi idea.
Ajak melontar. Baik punya tempat.
Kami tak ada masalah. Pasal melontar ikut je.
Lagi pun malam masih muda.
Tidur awal, jaga awal tak tahu nak buat apa pulak..
Tanya punya tanya. Syam kata ada bagus punya lubuk.
Ada yang syorkan ke Beijing Lu.
Kami pun pi, naik teksi.
Pakai 2 teksi, 7 orang yang nak pi sama.
Pi RMB 30. Jalan tutup, kena pusing agak jauh.
Balik RMB 17 sahaja.
Sampai Beijing Lu.
Terkejut. Banyak tempat melontar dah tutup.
Tak tutup pun mereka tengah bersiap-siap untuk close.
Tak apa, masuk juga Beijing Lu.
Mana tahu, ada rezeki. Ada kedai yang belum tutup.
Syukur, ada beberapa kedai yang belum tutup kedai.
Mungkin dah rezeki kami yang kelewatan....
Kedai Alibaba.
Kedai kasut dan handbag.
Tengok-tengok je, mungkin tak sesuai dengan kehendak.
Blah macam tu je, tanpa beli apa-apa...betul ke ni?
Adalah beberapa lagi pelanggang. Nampak macam orang Arab.
Ada lagi satu,belum tutup.
Serbu jangan tak serbu.
Baju-baju budak punya.
Berjenama lagi you.
Harganya murah.
Borong sakan.
Tawar menawar macam nak perang.
Mahu harga bagus punya, berbaloi terbang ke Guangzhou.
Beli sakan nampak....
Dalam kalut tawar menawar.
Datang pula penjual basikal lipat.
Ofer basikal ini pulak.
Tak nak, pujuk punya pujuk.
Sedikit berminat. Tapi jual sikit mahal.
Tak nak, dengan harga CDM Fitri tawar.
Tak nak ok. Kami pun tak nak.
Dia pun pi. Tapi aku nampak dia lepak tak jauh dari kami.
Dia akan ofer lagi...
Memang betul.
Masa jalan balik, datang lagi.
Ofer lagi. Nego lagi.
Last skali setuju.....
Balik hotel.
Bagi tubuh rehat dan tidur...
Letih tapi amat puas.
ATM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan