Jom Follow

Khamis, 19 Julai 2012

Kanak-Kanak Ribena~Guangzhou.

Lihatlah gembiranya mereka.
CDM Jai bersama rakan kongsinya.
Lompat sampai penat.
Lompat menyapu awan.

Tengok gambar pun.
Seolah-olah aku melompat bersama mereka.
Dapat merasai apa yang mereka rasa.






Lihat kat bawah ini.
Dari 3 kanak-kanak riang dah jadi 12 kanak-kanak riang.
Mana boleh tengok saja, orang syok lompat.
Bukan selalu sampai sini, silap-silap ini pertama & terakhir sampai sini.
Bukan lompat kat KL, tapi di Guangzhou.
Di belakang mereka adalah Canton Tower.
Sebelah kiri mereka, ada kereta lagi.
Hadiah apa pun aku tak tahu..
Kalau buat gini kat KL, mau kena sumpah oleh mereka-mereka otak kat lutut.
 

Kaum ibu apa kurangnya.
Lompat juga...tapi foto mereka berkabus.
Itu yang aku tak masukkan sekali.
Tengok foto, sakit hati.
Ruginya tak ejas betul-betul kamera aku.

Bukan sekadar melompat.
Tapi mereka lebih mesra antara satu sama lain.
Lebih rapat lagi lepas ini.
Bila dah rapat, senang nak bekerja.
Boleh bantu membantu dan hilangnya prejudis.
Meniaga lagi lancar lepas ini.
Balik Malaysia, masing-masing dah jadi friend.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger