Saja-saja nak kongsi kisah biz. Kisah biz. Gelojoh nak cepat. Gelojoh nak duit. Gelojoh nak naik cepat. Gelojoh sehingga rakan kongsi trauma. Rakan kongsi tak segelojoh upline. Aku amat berharap warga ATM tak segelojoh ini.
Mana mahu mula. Kat mana nak start. Ada kawan ajak biz. Biz PB. Peluang baik. Sayang kalau dilepaskan. Mana tahu boleh hidup lebih baik. Joinlah Hai-O. Ambil PB 5 set.
Bila dah join. Tunjuklah kawan-kawan. Nak dapat cek-cek yang seterusnya. Upline pun datang bantu. Sebab dah janji. Bila tunjuk kawan. Kawan pun berminat nak join. Peluang bagus dan kawan yang datang promote. Kawan masuk, mesti peluang bagus punya.
Kawan teruja nak masuk bila upline cakap. Barang jangan risau. "Kita(upline) tolong jual. Kita(upline) tolong habiskan. Dah ada orang nak beli PB ini." Lagi teruja nak join. Barang tak payah pikir. Ada orang nak tolong jual. Jadilah join.
Dipendekkan cerita. 3 kawan join. Hatinya berbunga-bebunga. Income dapat. Mudahnya buat biz PB. Selepas tu, masalah pun bermula. Upline datang/bagi PB 30 set tu suruh dia habiskan. Sebab dah janji nak tolong jual,downline. Padahal janji tolong jual tu uplinenya. Sepatutnya uplinenyalah yang tolong jual. Lagi pun dia orang baru. Masih tak tahu dengan jelas pasal PB.
Downlinenya dah tanya. Dia jadi trauma. Sebut PB pun tak boleh....Uplinenya entah ke mana....
Memang orang akan join bila kita janjikan PB kita tolong jual....Ingat kalau kita buat strategi ini, meniaga kita boom. Meniaga kita meletup-letup. Income kita puluhan ribu. Tapi tak lama. Meniaga kita sekejap. Meniaga kita seperti embun pagi. Keluar mentari, hilanglah ia. Dah la tak lama. Kena marah lagi.
Jangan sesekali janji barang tolong jual. Apa yang boleh kita bantu. Macamana nak pasarkan PB. Bagaimana nak cari pembeli PB. Kita bantu dari segi pasarannya. Bukannya kita tolong jualkan. Tapi kalau ada orang nak beli dengan kita. Kita pula dah tak ada PB, bolehlah ambil barang downline tu.
Ha!ha!ha!ha! Itulah kisahnya. Harap kita tak terlibat dengan janji-janji manis, dengan harapan orang akan join. Lebih baik orang join setelah sedar/tahu dengan jelas bagaimana biz MLM terjadi.
Jauhi janji-janji manis. Amat bahaya kita punya masa depan dalam biz PB. Kelebihan biz PB ni banyak. Bagus. Boleh ubah hidup. Tapi mesti ikut cara yang betul. Jangan terlalu gelojoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan