Hari ini tak outstation.
Hanya sekitar KL.
Lagi pun hari ini kan hari Jumaat.
DDM Mazlina bersama bakal prospeknya. Positif. Aku cukup bangga dengan kesungguhan DDM. Upline dah tak ada. DDM masih bertahan dan syukur income tak pernah putus. Malah semakin lumayan. |
Rabu.
Terjah Utara.
Bersama CDM Kartini & DDM Nor Mazlina Muhamed.
Jumpa rakan niaga serta bakal-bakal prospek.
Bakal-bakal prospek,
teruja nak tahu lebih lanjut pasal Akademi serta Projek terbaru Akademi.
Akademi semakin masyhur....
Bertolak dari Kinrara.
Jam 9.30 am...
Ada appointment jam 3 pm.
Tapi ada agenda lain dulu...
Melantak & tambah lemak...Pak Din Ikan Bakar.
Daging bakarnya paling sedap. Sup daging. Ikan bakar. Ulaman.
Lepas tu, jumpa prospek.
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas.
Pilih tempat tenang dan tak sibuk.
Senang nak convince...
Prospek siap cuti.
Semata-mata nak jumpa dan dengar peluang.
Tak tergesa-gesa, boleh tanya apa yang nak tanya.
Tanya sampai paham.
Tunggu dipanggil. Tengok kat belakang tu. Ubat herba yang dijual di sini. Aku rasa tak salah aku ke sini. Dah 2 tahun aku berulang ke sini. Ambil ubat. Kalau tak datang mereka pos. |
Bukan orang tempatan je yang datang. Ini dari Medan, Indonesia. Bawa lakinya berubat. Sakit kanser. Dah seminggu dok kat hospital sini... |
Dari Hotel Seri Malaysia.
Singgah pula kat Pang OO Lang.
Cek gula dan ambil ubat.
Syukur, ada sedikit perubahan.
Semakin baik...(rasa-rasanya)
Lepak kat Sunway Carnival dulu.
Baca buku kat & CDM Kartini & DDM Mazlina layan 'Mail Lambung'
Belah malamnya.
Ikuti kelas di Safira Club.
Bergaul & bersemuka dengan insan-insan hebat & positif.
Dapat inspirasi untuk lebih tekun & sabar hadapi cabaran.
Lepas kelas terus balik.
Tak nak tunggu lagi.
Nak sampai awal,
2.45 pagi kami sampai Kinrara...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan