Jom Follow

Rabu, 25 Julai 2012

Juadah Berbuka Kami; Double K.

Kah!Kah!Kah!
Hari ini dah 5 hari puasa.
Betul @ tak betul.

Semalam selasa.
Ada kelas.
Ada bolasepak.
Malaysia vs Arsenal.
Aku layan bola.

Lepas kelas.
Terus balik.
Malas nak minum-minum.
Nak tidur cukup. hi!hi!hi!

Pagi ni.
Hantar baby ke sekolah.
Balik rumah...sambung zzzzzzzz.
Bangun...
CDM Kartini ajak ke Pasar Borong Selangor.
Bukan ajak, aku yang nak ikut.
Kalau tak ikut, tak tahu nak buat  apa..
Kalau CDM Kartini nak ke pasar borong.
Mesti ada yang dia nak masak...
Pasar Borong Selangor. Tempat biasa pi. Macam bukan di Selangor. Sekali tengok dah macam Bangladesh & Myanmar. Mana orang tempatan. Tokey. Kuli orang lain. Atau dah sewakan pada orang lain.

Wow! Hari ini beli daging segar. Batang pinang, daging tetel dan tulang rusuk...

Ikan siakap...harganya RM15.50 perkilo...Harganya boleh tahan.

Ini pula bawang putih. Harganya dah cecah RM12 perkilo. Sekejap je naik. Sejak tahun lepas. Nasib baik orang melayu masak kurang guna bawang putih...padahal bawang putih amat banyak khasiatnya.

Balik rumah.
Rehat sekejap.
Ada tetamu bertandang.
Layan tetamu sehingga jam 3 petang.

Hasil pasar borong tadi.
Hidangan berbuka puasa.
Belum aku kongsi lagi sejak puasa.
Jadi hari ini saja aku nak share je.
Tak share tak ada apa-apa.
Ni roti john. Aku dah dengar 2,3 hari. CDM Kartini nak buat roti john. Hari ini terlaksanalah sudah. Bubuh daging segar banyok-banyok. Memang best. Memang sedap. Lupa kat nasi. Pekena roti john terlebih dahulu.

Ini pulok kerabu pucuk paku, ikan kerongen cicah kicap serta ayam goreng....Seleroh sungguh ambo berbuka puasa hari ini. Lepas belasah roti john ratoh pulak kerabu pucuk paku serta ikan kerongen sekor....hi!hi!hi!

Sup tulang. Wow! Lembut sangat. Nak cepat lembut, masa masak tu bubuh buah kurma 2,3 biji. Cepat je lembut daging tu..

Malam ni.
Rehatkan minda.
Batuk melanda.
Tak baik-baik lagi.
Nak terawih, tak selesa.
Kesian orang dok sebelah.

Puasa...
Meniaga.
Tengah boom.
Sedang sibuk.
Ada yang tak sempat masak.
Berbuka mana sempat.
Tapi itulah kenangan terindah.
Kami dah biasa lalu.
Berbuka dalam kereta.
Minum air je.
Jumpa kedai baru makan.
.....

ATM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable