Jom Follow

Khamis, 26 Julai 2012

Wanita Dan Jualan Murah...


20120723_102457, originally uploaded by kartinimatyaakob.
Kah!kah!kah!
Sensitif punya tajuk.
Panas punya kisah.

Shopping time.
Gaji dah masuk.
Dah boleh mulakan langkah.
Shopping untuk raya...
Baju raya, kasut raya, kuih raya...

Bukan sikit pakai duit.
Kena keluarkan simpanan.
Itu pun kalau ada simpanan.
Kalau tak ada gunalah gaji yang dapat sebaik mungkin.
Jangan pula terover pula, kelak tak meriah raya.
Kalau sekadar baju raya, meriah tapi masih kurang....

Susah nak bajet.
Kalau anak ramai.
Satu anak, berapa RM?
Kalau 2 anak, berapa RM?

Kat mana nak shopping.
Ada kat SOGO.
Ada kat Parkson.
Ada kat Midveli.
Ada kat PKNS Shah Alam.
Ada kat Jalan TAR.
Semua itu terpulang pada bajet masing-masing.
Ada yang lebih, sampai Bandung.
Ada yang lebih, sampai Vietnam.
Ada yang lebih, sampai Guangzhou.
Tapi jangan lupa ada juga yang mampu nak shopping,
hatta sepasang baju sekali pun.

Aku senang je.
Raya ke tak raya.
Tak pikir nak beli baju...
CDM Kartini yang belikan.
Aku bagi duit je.hi!hi!hi!
Senang, tak payah nak pikir.
Aku berminat dengan buku je...
Aku temankan saja...
Kalau dekat-dekat raya, aku dah tak larat nak teman...
Letih berpuasa. Lagi pun susah nak teman, kalau suhu shopping sikit tinggi.
Nak melangkah pun susah, bila dekat-dekat nak raya.
Awal puasa, tak berapa syok gi shopping. Suasana belum benar-benar wujud.
Shopping raya dan diiringi lagu2 raya lagi syook dan suhu shopping naik, naik, naik..

Terlupa aku.
Bonus ATM.
Belum rayakan.
Sempat lagi guna duit tu buat shopping raya...

Jangan marah....entri tunggu subuh, ketika aku kerap ke bilik air.


ATM memahami kehendak anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger