Jom Follow

Jumaat, 1 April 2011

Cari peluang.


Baru settle pasal keta. masuk workshop tengahari dan petang keluar. dah tak payah risau lagi, jalan jauh pun. rasanya insyaalah tak ada masalah. semalam ke safira club, tak sedap ati. brake pad dah habis dan dah keluar notis. buat donno je, meniaga punya pasal. janji punya pasal, gagahi juga. redah juga la. semalam pun kami sampai rumah pun jam 6 am. mengantuk punya pasal. 2 kali tidur. 

ongkos pun boleh tahan juga, tapi lebih murah dari hap seng star. bukan setakat brake pad  belakang depan malah brake disc belakang depan tukar. 
aku buat di 


Merz Auto Garage(Puchong) Sdn. Bhd.
No. 41 Jalan Utama 1/1.
Taman Perindustrian Puchong Utama.

Sape-sape ada masalah pasal keta, boleh ke sini. aku dah biasa dengan seorang staf kat situ. dulu pernah kerja di mellinium merz. dah bertukar angin, mencari suasana lebih baik dan masuk pun lebih besar lagi. maklumlah kos hidup semakin bertambah. kos nak buka workshop pun hampir RM 200K. bila modal boleh balik. berapa lama kena kerja setiap hari. pening kepala dok pikir karenah pekerja. mana yang cuti, mana yang ponteng dan mana yang berhenti kerja.

dah ada kerjaya pun masih mencari peluang. dah ada pendapatan, masih cari pendapatan tambahan. dah ada perniagaan, tapi masih cari peluang tambah duit. aku pun masih berusaha tambah pendapatan.

lepas maghrib, ada jumpa dengan rakan niaga. sentiasa berusaha kembangkan meniaga. sentiasa lakukan yang terbaik. belum berapa jadi. belum berapa kembang. tapi masih bertahan. tanam sekarang, kutip hasil kemudian. melabur sekarang dan esok pasti hasilnya berlipat kali ganda. bekerja keras, untuk kehidupan lebih happy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger