berjumpa lagi. pagi hari. hari rabu. bersyukur kita semua. masih diberi kesempatan untuk hidup sehingga takat ini. masih diberi kesihatan yang baik. masih mampu buat kerja, untuk menyara keluarga. masih ada kerja.
buat pemain mlm. bersyukur masih ada medan untuk terus berjuang. masih ada upline yang tak henti-henti hulur tangan. masih ada rakan niaga yang terus berniaga. masih ada akademi yang sentiasa sebarkan ilmu dan memberi inspirasi buat kita untuk terus gah berdiri dikala ramai yang tersungkur. masih ada prospek yang mahu kita jumpa.
pemain mlm secara sepenuh masa. bersyukur, kerana mlm masih boleh cari makan. masih boleh beri kemewahan. masih ramai lagi rakan-rakan yang seusaha dengan kita sedang cipta kejayaan. masih boleh bergerak ke sana ke mari. masih ada ruang dan peluang. masih ada gaji. gaji pun lebih dari masa kerja dulu-dulu.
pemain mlm separuh masa. masih boleh berniaga. masih dapat 2 punca pendapatan. pasangan beri peluang kita buat mlm. keluarga memahami dunia mlm.
semuanya mesti bersyukur. tanda berssyukur. mestilah buat sungguh-sungguh. mesti buat betul-betul. mesti buat sampai jadi. mesti buat sampai jadi jutawan. buat sampai anak-anak rasa kemewahan. tak sungguh-sungguh lagi ke? tak buat betul-betul lagi ke? tepuk dada, tanya selera. itu kerja hati. orang lain tak tahu. hanya diri sendiri yang tahu, samada kita sedang buat sungguh-sungguh atau tak sungguh-sungguh. ada orang tak suka dicakap begitu. seolah-olah dia tak sungguh-sungguh buat. perlekeh usahanya. kita sebenarnya tak boleh tipu, orang tahu. kita sungguh-sungguh atau tidak. tengok mutu kerja kita. orang sungguh-sungguh buat mlm. kelas tak ponteng. setiap hari jumpa prospek. seminar tak ponteng. setiap hari ada matlamat. selalu jumpa mentor. suka bertanya dan banyak lagi sikap-sikap orang sungguh-sungguh buat mlm. bukannya kelas sentiasa ponteng, tapi dok mengaku, sedang buat sungguh-sungguh. setia dengan alasan, pun masih mengaku sedang buat sungguh-sungguh.
tiru macam kami. asal ada kelas kami mesti sampai. tak ada alasan. tak ada itu ini lagi. selain datang kelas. bukan datang sorang-sorang, bawa prospek lagi. |
berjiwa kental. berjiwa pejuang. berjiwa panglima. tak cepat mengalah. tak cepat putus asa. tak cepat undur diri. tak cepat sedih. tak cepat terasa. tak cepat give up. baru boleh berjaya. baru boleh bertahan lama. baru boleh kaya.
dok cite gapo tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan