Jom Follow

Jumaat, 29 April 2011

Khalif Aiman- dah 12 tahun.

IMG_0157IMG_0156IMG_0155IMG_0154IMG_0153IMG_0152
IMG_0151IMG_0150IMG_0149IMG_0148IMG_0147IMG_0146
IMG_0145IMG_0144IMG_0143IMG_0165IMG_0163IMG_0162
IMG_0159280420112264280420112261280420112252280420112251280420112250
hari lahir kami, a set on Flickr.

semalam 28/4/. 
hari lahir muhammad khalif aiman yang ke 12.
sebelum ke sekolah dah tanya malam ni nak sambut hari lahirnya kat mana.
itulah anak-anak zaman sekarang.
jadi lepas maghrib kami sekeluarga ke Shah Alam. 
Makan-makan kat hotel Grand Bluewave.
aku dulu-dulu, tak ada pun acara sambutan hari lahir.
apa yang aku tahu setiap tahun naik kelas dan umur bertambah. 
itu je, bila nak sambut tak payah pikir.
tak ada orang buat kat kampung. 
kalau buat mesti pelik....

khalif aiman dapat hadiah jam.
seronok bukan main.


27/4, aku punya hari lahir.

aku pun dapat jam.
hadiah dari isteri tercinta. 
dah cecah 38 tahun.
rasa sekejap je.
masih banyak lagi impian yang belum capai.
masih banyak lagi kerja yang belum siap.
masih banyak perkara yang perlu dibuat.
masih kena kerja kuat.
masih kena kerja lagi tekun.
semakin hari, belanja hidup semakin meningkat.

belanja sekolah anak-anak pun dah bertambah.
masuk kena lebih besar dari yang keluar.
yang keluar, dah tak boleh tahan lagi. 
dah mesti keluar banyak tu setiap bulan.
kalau ada hal-hal kecemasan, lagi bertambah keluar.
jadi aku dan isteri mesti tambah yang masuk.
disamping tu bina pasif income. 
dalam 10 tahun lagi aku dah boleh pencen, masa tu pasif income dah boleh tampung seluruh kehidupan sampai mati. 
ada rumah kedai 14 buah.
ada tanah 100 ekar dan saham amanah 2,3 juta.
ada simpanan 4,5 juta.

mesti ada impian.
mesti ada cita-cita.
mesti ada target.
mesti ada matlamat. 
baru senang kerja.

nak capai semua itu.
aku mesti lakukan pengorbanan.
masa dan wang.
korban masa rehat.
korbankan sedikit masa bersama anak-anak.
korbankan sedikit masa dengan keluarga.
fokus pada meniaga mlm. 
kena lebarkan sayap seluruh negara.
malah ke peringkat antarabangsa.
lahirkan cdm seramai mungkin.
tak ada yang mustahil.
mesti bergerak ke arah tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger