Berkongsi suka duka yang ditemui sepanjang perjalanan menuju 'pulau impian', bersama Akademi Taipan181. Adakalanya menempuh jeram dan adakalanya melalui liku. Semuanya terangkum dalam catatan ini. Harap ada yang sudi membacanya.
Jom Follow
Khamis, 7 April 2011
waktu-waktu begini kena g ke bank. Bayar loan rumah, bayar loan kereta, 2,3 buah pulak tu. Bayar loan rumah kedai. Bayar loan belajar. Duit masuk, terus keluar. Kadang-kadang bakinya tak cukup pun nak hidup sebulan. Nak menabung pun tak mampu. Simpanan ada sikit, itu pun memang dah potong gaji. Kalau tak, mungkin tak ada simpanan langsung. Simpanan itu pun selalu diambil juga. Akhir-akhir ni pulak, harga minyak naik dan barangan keperluan semakin naik. Saman pun semakin kerap kena, terutamanya saman ekor. Sekali bayar, kena sebulan gaji juga. Saman yg tahan, masih ada pertimbangan lagi. Tak selalu kena. Parah kalu sepanjang hayat dok lagu ni. Itu yg kena buat 2,3 kerja. Lepas waktu pejabat masih kena kerja. Hujung minggu pun kena bekerja. Cari duit tambahan, kalau tak, nak makan pun tak sempurna. Belanja sekolah anak-anak pun semakin tinggi. Cikgu tahu nak duit je.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan