Baru aku tahu. Siapa leader yang turun ke Safira Club semalam. Aku, CDM Muhammad Razali dan CDM Nizam. Mula-mula dengar, ada ramai yang nak ke sana. last minit tak jadi. Ada komitmen lain, iaitu jayakan rakan niaga dan diri sendiri.
Sape tak mahu duit banyak.
Sape tak mahu kaya.
Sape tak mahu hidup mewah.
Sape tak mahu rumah besar.
Sape tak mahu hidup seperti yang diimpikan.
Terkedu, tersentuh hati bila dengar DDM Din buat sharing. Sebak. Terharu dengan kejayaan yang dicapai. Setelah lalui zaman-zaman sukar, kini sinar mentari telah muncul. zaman sukar kian menjauhi, zaman penuh warna-warni semakin menghampiri. Sebak, mengenangkan kepayahan pada awal-awal meniaga. kepayahan berganti kesenangan. Group semakin berkembang. Semakin kukuh. dari kelantan berkelana ke penang, bertemu jodoh dan mencari rezeki di penang. bertemu dengan Akademi Taipan, bertatih, belajar dan bertanya dan akhirnya perjalanan semakin mudah. woww!
Orang lama, muncul kembali. keindahan dan keseronokan yang ditinggalkan semakin memanggil-manggil. dah tak boleh tahan lagi. harus keluar dari pertapaan. gengam semula apa yang terlepas. gengam dan raih kejayaan lebih hebat lagi. dulu boleh, kini lagi boleh. apa perlunya menyembunyikan diri. tak membantu meraih kekayaan. setelah undur diri, terasa sangat kecelaruan mencari rezeki. tak kekal lama disatu-satu tempat. Jom kembali semula. sama-sama bina, sama-sama berjaya dengan mereka yang telah berjaya dan mereka yang sedang berusaha mencipta kejayaan.
CDM Fitri, buka gelanggang. perkisahan perjalanan menuju mengerjakan Umrah bersama DDM Rizal. Ramai teruja dan berkira-kira untuk fight ke sana bila hai-o buka gelanggan nanti. Aku pun teruja, bagaikan terpanggil-panggil untuk ke sana lagi. Ya Allah, jemputlah aku ke sana.
Bersyukur. Terus buat. biarkan apa orang kata. janji aku menuju ke jalan kemenangan. menuju jalan kekayaan.
Bagaikan bermimpi. Siapa sangka jadi lagu ni. Dulu berapa kerat je yang sampai ke Safira Club. Sampai pun malu-malu dan sembunyi-sembunyi. takut member-member tahu. kena kutuk nanti. kini dah terbalik. datang ke safira club menjadi kebangaan. war-warkan kepada member-member pun dah tak malu dan segan lagi. Malah mengundang rasa hormat member-member.
DDM Rizal. tutup gelanggang. sukar nak cite dengan kata-kata. bersyukur sangat-sangat. dapat mengerjakan umrah. kalau ikutkan dengan kerja dulu, bagaikan mustahil dapat ke sana dalam usia begini.
Semalam. DDM Sukri jadi emcee. pertama kali aku dengar. ok. boleh diketengah lagi. boleh digilap lagi. permata akan terus bersinar. menyinari seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan