Jom Follow

Ahad, 10 April 2011

Nak ke kelas!!!


Syukur. pagi ni ok sikit dari semalam. semalam langsung tak leh buat apa, selain dari tidur, tidur dan tidur. dah jadi hukum alam. ada ketikanya kita sihat, ada ketikanya kita tak sihat. aku sendiri pun tak tahu apa sebabnya. tak larat semacam. penat semacam. letih semacam. nak muntah. macam-macam rasa ada. nak cite pun tak tahu. tak pernah rasa gitu. malam tadi pun masih ketiduran. pagi ini, ok sikit. dah boleh sikit. dah boleh menulis.

balik dari KB, ok lagi. tengah malam dah rasa semacam. memang betul pagi esoknya dah tak boleh buat apa. nak makan pun tak lalu.  nak bercakap pun tak larat. tidur saja yang mampu.

mungkin penat kot. rabu aku dah ke safira club. terus balik. sampai rumah jam 4 am. semasa ke sana pekena durian, air nira dan nasi dalca, panas badan kot. Jumaatnya aku ke KB. dah lama tak ke sana. hadiri kelas. masih ramai yang datang. masih ramai yang bersemangat. masih ramai yang ghairah berniaga. masih ramai yang lama. orang baru pun ramai. 

sape kata, KB dah tak boleh berniaga. KB dah tak ada orang nak. KB dah dilanda tsunami. kedatangan hampir 60 orang, dah cukup baik. dah cukup bagus. tunggu masa nak meleetup je. tunggu masa nak boom je. orang negatif dah tak datang kelas. orang negatif dah tak nampak muka lagi. meniaga ke tak meniaga aku pun tak tahu. akademi taipan tetap meluncur laju. bersama mereka atau tak bersama. panglima baru tetap muncul. tetap ada. tetap timbul. apa lagi mahu. buat, buat dan terus buat. 

AK 5282- jam 11am
sampai KB 12pm
solat jumaat di masjid muhammadi
tengok rumah kedai yang aku beli.
hadiri kelas di ttc KB.
balik KL
AK 5293- jam 7.35pm
sampai lcct 8.25 pm.
sampai rumah 9.30 pm.

buat dan buat. usah dok pikir orang tak mahu. lebih baik pikir mana yang mahu. lebih baik pikir mana yang nak saja. kalau asyik pikir orang tak nak, alamak tak berniagalah kita. nak keluar demo pun malas, takut tak close.

Sotong bakar.

pindu gerbang tapak parkir masjid muhammadi kota bahru.

Tapak kedai yang dibeli. harap boleh siap seperti yang dijanjikan.

Bil makan tengahari. harganya tak lah mahal sangat. kena nasi, laksa dan mee celup.

Dah ada kois jual buku di airport KB. dah bagus. boleh pilih mana buku yang sesuai.
  pikir positif. pikir orang nak. pikir orang suka pada mlm. pikir yang indah-indah dalam meniaga mlm.


ok. jumpa lagi. dah nak ke kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger