Jom Follow

Khamis, 14 April 2011

Perth hari 1.


Akhirnya tiba juga aku ke Perth. setelah terbang 5 jam 10 minit dari KLIA.
MH 125. terbang jam 10 am. naik je aku dah tidur. bila naiknya aku dah tak tahu.
B777-200 bersama 128 orang yang layak mengikuti pakej melancong ke Perth. ada 4 bas iaitu bas A,B,C dan D.
masa kat perth dan kl adalah sama. Perth terletak di Australia Barat.
kali ke 2 aku ke sini sejak aku buat mlm ini. 2005 dah ke sini.

cdm zefry yang hantar kami semua. cdm fitri dan gengnya sampai rumah aku jam 4 lebih. sempatlah rehat, mandi dan sarapan sebelum ke KLIA, jam 6.30 am. mereka bertolak selepas kelas di safira. khabarnya amat ramai semalam. paling ramai sejak buat kelas di utara. 

urusan imigresen cepat dan kastam pun tak ada masalah. mudah je. tapi tak boleh apa-apa makanan dari luar. 
aku group A. Tour Manager Bas A; Eddy Wong.  dalam bas aku ada encik teo. bos hai-o. naik je bas dapat surat dari Lord Mayor, Perth. ada sikit cenderahati. ini yang bagusnya bila melancong dengan Golden Tourworld Travel.

Kunaini, rezal, fitri, sukri, tam, ayah teza, 
ayu, lin, sha, maidah, siti rahmah,
aku rasa dah cukup. ke ada yang tertinggal.

awal-awal dah ambil group foto. pemandangannya cantik, berlatarbelakangkan Swan river dan Bandar Perth.
lepas tu makan malam di Takaza restaurant. sempat cari-cari kedai. cari bekalan malam ini.
nasib baik jumpa juga kedai. dapatlah aku beli maggi dan biskut. mana tahu malam ini kelaparan. 
makan malam dah belasah banyak. tapi makan tu terlalu awal.
balik hotel citigate.
biliknya boleh tahan juga. aku berkongsi bilik dengan ddm kunai.
semua geng dok floor yang sama dan berdekatan. senang nak jumpa. senang nak bincang sesuatu.
bincang apa lagi. projek bila balik nanti. booom meniaga. kena bawa lebih ramai rakan kongsi setiap kali melancong.
meniaga kena lebih hebat lagi. bila melancong, nak beli barang pun tak ada takut-takut.
ambil dan bayar.
bukannya tengok-tengok saja. nak beli alamak mahalnya.
meniaga hai-o, mampu berbelanja kat cina, indonesia dan vietnam je baru.
belum boleh belanja sakan di sini, Eropah dan USA.
rehat  dan santai-santai.
tunggu esok.

foto-fotonya boleh lihat di flick.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger