Jom Follow

Jumaat, 30 November 2012

Aiman Hilang Selipar Lagi.

Ha!ha!ha!
Lepas jumaat.
Balik rumah.
Rehat & Santai.
Petang nanti bertolak ke KT.

Ada kisah.
Ada cerita nak share.
Kisah biasa-biasa. 
Tak kongsi pun tak apa.

Kisah solat jumaat.
Kasut tak jumpa.
Kasut hilang.
Selipar tak jumpa.
Selipar hilang.
Balik rumah kaki ayam.
Balik peabat kaki ayam.
Ada kedai, beli dulu selipar jepun.

Hari ini Aiman yang kena.
Semalam baru beli selipar fipper.
Merah warnanya.
Harganya sekitar RM25 sahaja.

Nak balik rumah.
Semasa turun tangga.
"Harap-harap selipar abang tak hilang" kata Aiman.

Bila sampai je kat tempat letak kasut & selipar.
" Selipar abang, tak ada abah." 
" ye ke."

Semalam pulak.
Aku punya selipar yang hilang.
Bukan hilang kat masjid & surau.
Tapi hilang kat rumah.
 Aku sedar sekitar jam 10.30 malam.
Nak keluar, cari selipar tak jumpa.
hi!hi!hi!

Itu je yang aku nak kongsi.
Banyak ilmu yang aku dapat dari 2 selipar yang hilang tu.

Hukum tarikan...
Kalau dalam minda dok pikir 'selipar hilang, selipar hilang.'
Kebarangkalian selipar akan hilang menjadi besar.
Dan itulah jadi akhirnya.
Kita pikir, dia datang.
Kita pikir hilang. Hilang akan datang.

Mula-mula aku beli selipar baru pun gitu.
Kalau nak ke masjid solat jumaat.
Mesti pakai selipar lain, takut hilang.

Dah 2,3 bulan aku pakai.
Dah buruk, aku dah tak kisah.
Pakai gi masjid & surau.
Dah tak takut hilang.

Tapi Allah Maha Kaya.
Ingat kat masjid ke selipar boleh hilang.
Tengok semalam kat rumah pun selipar boleh hilang.
Aku dah terima pengajaran ini.
Aku dah banyak belajar.

Rehat seketika di tangga masjid sebelum pulang.
Sebelum masuk masjid. Isi perut dulu. Hari ini aku pilih nasi biryani ayam.
Aiman memilih nasi & ayammasak cili padi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger