Selamat datang usahawan-usahawan Hai-O. |
Wow! Ceria-ceria semua. Senyum lebar. Dapat suntikan semangat. Aku dapat bayangkan muka-muka anda pagi ini. Muka rezeki. Aku dapat bayangkan anda semua berada dalam mood teruja. Mood tak sabar nak terjah bakal prospek. Mood nak share peluang ini dengan insan-insan di luar sana. Aku doakan mood ini kekal lebih lama. Dengan mood ini, kita gapai semua impian yang telah kita gantungkan dipokok impian.
Penganugerahan CDM sesi ke-3. |
Menteri KPDNKKsedang berikan amanat pada usahawan-usahawan Hai-O semua. Sempat lagi ngepen tu. |
Pengasas Hai-O Marketing Sdn Bhd. Orangnya biasa-biasa sahaja. Punya tekad melihat manusia-manusia biasa hidup seperti mana mereka inginkan. |
Kenapa mood ceria? Kan semalam baru lepas, majlis ulang tahun ke-20 Hai-O serta anugerah pangkat CDM. Sape yang datang semalam. Kalau tak rentung hangus, aku tak tahu nak cakap apa lagi. Tengok suasana pun dah cukup terbakar. Tengok deretan kereta mewah dah terbakar. Lihat pula dressing pun dah terbakar, walaupun ada sesetengahnya menyiksa diri sendiri(aku agak la). Dengar pula Ucapan Menteri KPDNKK, setinggi Himalaya memuji Hai-O. Ditambah lagi dengan janji-janji keteguhan syarikat dari Pengasasnya. Kita juga disajikan oleh 3 perkongsian kejayaan dari 3 leader unggul dari syarikat. Ada yang rentung hangus semalam. Ada yang terasa bukan tak boleh buat, cuma diri sendiri yang hanyut dengan suasana palsu yang kita cipta sendiri. Padahal pasaran tak terjejas sedikit pun.
Bila datang. Bertemu muka dengan orang-orang positif. Bertanya kabar. Sembang-sembang. Semuanya ini mengundang keyakinan kita terhadap potensi biz ini, mampu menjadi kerjaya masa depan. Aku dah 12 tahun terjun dalam biz ini pun semakin kemah keyakinan aku pada biz ini. Dari sembang-sembang semalam. Aku dapati semakin ramai yang join. Semakin ramai yang cuti tanpa gaji untuk 'pulun giler'. Ada yang berhenti kerja untuk full swing biz ini. Ada yang baru keluar keta baru. Macam-macam hal positif yang aku dengar dan ini berikan lagi gam untuk lebih kemah melakat pada Hai-O.
Semalam juga. Ada yang dah lama tak nampak. Mula berani menampakkan diri. Mula pecah hancurkan penjara minda masing-masing. Penjara palsu yang mereka buat sendiri dan mereka selesa terkurung dalamnya. Penjara tersebut bukan ada pintu pun. Penjara tersebut tidak ada apa-apa tembok pun. Pintu dan tembok buat sendiri. hihihihihi. Aku yakin, kalau mereka benar-benar keluar. Mereka akan jadi lebih hebat dari dulu.
Ada juga sesetengahnya malu, lihat diri mereka hari ini. Dulu gah di pentas berkongsi kejayaan. Kini tak lagi. Datang kelas seorang diri. Buang malu tu. Mula balik. Start balik. Dulu selalu cakap. Walau apa pun pangkat anda. Kerja macam SM baru rajin buat kerja. Baru rajin turun lapangan.
Aku bersama CDM Ah Hock. Tak sembang sangat. Masing-masing sibuk dengan rakan kongsi. Lagi pun suasana bising, tak sesuai untuk sembang serius. |
Aku bersama dengan CDM Sabri dari Kelantan. Sekali-sekala jumpa,sedut ilmu tentang keajaiban garam buluh. |
Aku dengar, ada yang menangis dengar perkongsian semalam. Menangis kerana tak sungguh-sungguh buat. Bila tak sungguh buat, dapat pun tak sungguh-sungguh banyak. Orang yang buat sungguh-sungguh buat pun kadangkala tak sungguh-sungguh banyak. Menangis kerana pandang pada kekurangan diri padahal pada diri banyak kelebihan yang ada. Gunalah kelebihan yang ada untuk buat biz ini dengan sungguh-sungguh hati.
Orang baru. Ada yang tanya. Nak join lagu mana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan