Jom Follow

Jumaat, 9 November 2012

ATM181 Seperti Rakit Tapi Bukan Perahu.

Biz MLM dah lama. Hampir 12 tahun. Dari satu orang (diri sendiri) berkembang sehingga beribu-ribu. Bermula untuk income tepi, bertukar menjadi income perdana. Bermula dengan part time menjadi full time.

Bermula dengan kawan-kawan satu opis. Merebak ke seluruh opis-opis. Bermula dengan Negeri Selangor berkembang seluruh negara. Bertapak di Malaysia, melebar ke Indonesia.

Bermula dengan Premium Beautiful sebagai produk Killer. Tambah pula dengan Bio Aura. Hari ini adalagi produk emas terkini Bio Velocity Sleep Mate. Produk-produk lain pun ada. Meliputi seluruh keperluan manusia.

Bernaung di bawah Upline. Dari upline bertukar kepada nama group. Dari group bersama upline, muncul pula Taipan. Lepas Taipan, timbul pula Akademi Taipan. Lepas itu Akademi Taipan 181. Terhot, Akademi Taipan Malaysia 181.

Akademi Taipan Malaysia 181. ATM181, seperti rakit dimana buluh-buluhnya adalah kita-kita. Semakin banyak buluh semakin kukuh. Boleh bawa orang lebih ramai. Boleh harungi arus yang lebih besar. Boleh hadapi badai yang kuat. Pendek kata boleh berbakti lebih lama lagi. Rakit susah rosak. Ikatan antara buluh-buluh adalah rotan terbaik. Agar ikatan tak mudah longgar. Buang segala ego, sombong dan rasa pandai demi kesatuan rakit tersebut.

Kalau hilang satu buluh. Rakit ATM181, tetap boleh berbakti. Tetap boleh timbul. Tetap boleh bawa beban. Kalau hilang 3,4 buluh sekali pun, rakit tetap timbul. Tetap bawa beban. Tetap berbakti. Buluh hilang, ganti buluh baru. 

ATM181, bukan seperti perahu. Bila berlubang. Satu perahu akan tenggelam. Tak berguna lagi. Tak berharga lagi.

ATM181 Rakit Bukan Perahu. Ayuh kita sedang belayar menuju pulau impian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger