Jom Follow

Jumaat, 2 November 2012

RnR Gambang: Pengalaman Bernilai.

Jam 6.30 pagi.
Kami dah bertolak menuju Pekan, Pahang.
Kena awal, malas sangkut jem.
Kena cepat-cepat keluar dari KL.

Aku & Isteri, Baby, Amzar & Pengasuhnya.
Pengasuh Amzar, nak ke Bukit Goh.
Jumpa Ayah & Mak, datang bertandang ke rumah adiknya kat sana.

Jam 8.20 pagi, singgah breakfast di RnR Gambang.
Saja-saja nak berubah angin, biasanya kami singgah di RnR Temerloh.
Sesal pun ada. Marah pun ada.
Peniaganya jual lauk semalam punya.
Makanan baru hanyalah nasi lemak.
Lain-lain lauk, semalam punya....
Nasib baik aku tak terbeli patin tempoyak.
Baru nak panas....itu pun dah tahu, semalam punya.
Siap kacau-kacau, nak buang 'benda terbang dulu'.
Buat pula depan customer.

Mungkin pagi kot.
Tak siap memasak.
Tapi jangan letak awal-awal lauk semalam.
Ikan keli goreng, ada 4,5 ekor.
Ini pun customer dah boleh agak.
Semalam punya, kalau masak takkan hanya 4,5 ekor.
Mestilah banyak punya.

Suasana RnR Gambang semalam. Ramai pelajar-pelajar sekolah.
Kat meja sebelah aku, sekumpulan pelajar makan nasi lemak ayam goreng. Ayamnya tinggal. Tak makan?
Gerai pun masih ada yang belum buka.
Mungkin mereka ni dok memasak dulu.
Biar bersedia, baru buka.
Tak nak jual yang lama kot. hi!hi!hi!

Apa-apa pun.
Aku dah tak nak singgah RnR Gambang lagi.
Tapi kalau nak isi petrol bolehlah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger