Jom Follow

Sabtu, 10 November 2012

Ilmu Dari Bukit Goh.

Semalam.
Jam 6 pagi dah bertolak ke Felda Bukit Goh, rumah adik Kak Moh.
Ambil Amza & Kak Moh, dah 9 hari mereka berada di sana.
Kak Moh gi jumpa dengan ayah & ibunya kat sana sejak khamis lepas.
Kami tinggal mereka ketika kami berbiz di Pekan & Kuantan.
Terpaksa ambil, dah lama sangat. Rindu pada Si Amzar.

Kami amat bersyukur.
Sepanjang 12 tahun buat biz ini.
Kami tak ada masalah pengasuh.
Semuanya yang kami dapat ok.
Ketika ini kami terpaksa upah 2 pengasuh.
Satu untuk jaga Amza berusia 7 bulan.
Satu untuk jaga Amar berusia 18 bulan.

Awal dan boleh balik awal. Malas nak drive petang. 
Lagi pun petang hujan. Tayar x berapa ok, takut licin.
Asyik bertangguh ke nak tukar. Dah patut tukar 4 biji tayar.

Dari Bukit Kinrara menuju Tol Gombak.
Kami ikut LDP, saja nak cari pengalaman baru.
Pagi, belum jem lagi, ada orang kata lebih dekat dari MRR2.
Asyik ikut MRR2 je selama ini. Boring juga.
hihihihihi

Kat bawah ini aku kongsikan beberapa foto.
Singgah breakfast dulu. McD jadi pilihan. McD si stesen Shell LDP. Nama tempat aku tak pasti. Mudah jumpa. Menunya simple. Nak makan pun tak leceh. McD telah ubah tabiat pemakanan rakyat Malaysia. Burger & kopi pahit.
Masuk rumah. Terus ambil Amzar. Hampir 10 hari tak jumpa. Rindu. Anak pembakar semangat bekerja. Kuat-kuat kerja untuk kesenangan mereka. Boleh bagi yang terbaik untuk mereka.
Baby & Amzar. Dah rindu sangat kat adiknya. Baby sanggup ponteng sekolah. Sayangnya Amzar dalam keadaan mengantuk. Jam 9 pagi, masa Amzar tidur.
Sekejap je main. Dah lena.hihihihi
Sampai je kat sana. Dah tersedia ubi kayu rebus cicah dengan kelapa parut. Ini baru mula, lepas tu nasi pula. hihihihi
Rumah adik kak moh di felda bukit goh. Menetap di sini, bertugas sebagai guru sekolah agama. Ini bukan rumah peneroka, tapi taman perumahan yang dibuat oleh felda. Sape-sape boleh beli. Keutamaan diberikan kepada anak-anak peneroka.
Santai dengan tuan rumah. Jadi guru agama kat sini selama 20 tahun. Berniaga jual apam balik. Sekarang ni dah berhenti mengajar. Full time sebagai penjual apam balik disekitar kuantan. Pendapatanya lumayan. Awal-awal berbiz dulu, kencang. Sekarang sikit kurang. Salah satu puncanya, satu-satu tempat, ada sehingga 2 kali seminggu pasar malam. jadi mood membeli kurang. Kekurangan itu ditampung dengan pajak ladang kelapa sawit pulak. ini lagi lumayan. harga kelapa sawit boleh tahan juga. setiap ladang dipajak selama 10 tahun. Aktivit memajak ladang ini banyak ketika harga buah kelapa sawit amat rendah. Sehingga pekebun malas nak buat kerja. Jadi sebagai jalan mudah pajak pada siapa yang nak. Ketika itu ramai yang nak, pemajak akan tawarkan RM80,000 selama 10 tahun. Bayar pula sekali gus. Sape yang tak terpikat. Pemajak akan urus ladang sebaik mungkin. Kalau main-main lambat balik modal. Ada yang perlukan hanya 2 tahun sahaja untuk balik modal. 8 tahun lagi itu dah untung. Paling syok ketika harga kelapa sawit melambung RM800 satu tan. Sekarang ni sekitar RM400 satu tan. Ingat masa mereka pajak dulu harga sawit tak sampai pun RM200 satu tan...Ada kawannya dapat income RM100,000 sebulan. Pajak dalam kuantiti yang luas. Kakitangan kerajaan, boleh buat loan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger