Jom Follow

Jumaat, 23 November 2012

Rehearsal Big Day: CDM.

Petang tadi kami ke Stadium Melawati, Shah Alam. Ikuti rehearsal Majlis Ulang Tahun ke-20 Hai-O Marketing Sdn. Bhd serta Majlis Penganugerahan CDM tahun 2012. Kami terpaksa pergi, kerana kami sebagai CDC, esok ada sesi penganugerahan plak. Sesi ini dijalankan sebelum Penganugerahan CDM bermula.
Banting Hai-O, My choice for LIFE melekat setiap pokok yang memagari Stadium Melawati.

Sampai sana jam 4.15 petang. Sama sampai dengan CDM Ah Hock. Masuk dewan. Bintang Baru sedang rehearsal, tinggal beberapa pasangan je masa itu. Lain-lain CDM dah habis. Majlis rehearsal mula jam 2.30 petang lagi.

Kami juga naik pentas untuk majlis finale. Kena duduk depan lagi. Esok tak boleh merayap jauh, susah nanti. Tahun-tahun sebelum ini, aku boleh jalan mana-mana aku suka. Naik pentas ke tak naik aku punya pilihan. Tapi untuk acara esok, nama CDC akan dipanggil.

Kami sampai. CDM Ayu Yasin dah sudah. Sempat jumpa dan sembang-sembang. CDM Fitri & CDM Ayu dikepung oleh CDM Ah Hock. Mana mereka pi lepas acara, aku tak pasti. Agenda 2013 barangkali. 2013 ada agenda besar bagi ATM181. 

Kat bawah ini, aku kongsi beberapa foto yang sempat aku snap. Tak berapa jelas, tetapi cukup untuk sejarah perjalanan aku bersama ATM181.
Suasana pentas semasa kami sampai. Bintang baru sesi ketiga sedang rehearsal.
CDM bersama anak-anak pewaris & peniup semangat yang tak pernah letih. Go go go Ayah. Go go go Ibu. Kami doa kejayaan AyahIbu. Jerit anak-anak.
Bergambar bersama banting CDM Ayu. Itu pinjam sekejap. Esok pagi baru banting ini akan digantung. Kalau gantung awal-awal, kemungkinan akan hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger