Jom Follow

Isnin, 12 November 2012

Tasik Seri Serdang!

Hari sabtu.
Mim ke Miri.
Aku kena layan anak-anak.
Tak nak mereka boring dok kat rumah.
Nak ke Kuala Gandah, tapi Baby ada kelas.
Kalau bertolak lepas kelas Baby, dah lewat.
Jadi kami tangguh sehari lagi, iaitu hari ahad.
Lepas ambil Baby. Kami bedal dulu cendol & mee rojak
Baby mencekik sampai 2 pinggang.
Aiman suka sangat air cendol.
Lepas itu kami singgah di Masjid BK 4. Solat dulu sebelum ke Giant.

Balik rumah.
Rehat & santai.
Lepas asar, aku bawa aiman & Baby & Amar.
Hasrat aku, nak lepas bebas Amar bermain di parkir Masjid Putrajaya.
Lari sana, lari sini. Jalan sana, jalan sini. 
Tak jadi. Hujan & petir.
Dah hujan& petir.
Kami ambil keputusan untuk balik.
Laluan balik ikut Taman Seri Serdang.
Sampai Tasik Seri Serdang. Belum hujan walaupun awan mendung.
Apa lagi, singgah situ. Bagi peluang Amar main dulu.
Main x lama, tapi cukup untuk Amar.

Cuti sekolah.
Kena layan lebih sikit..
Kalau boringlah mereka.
Bukan je boring, tapi komplen kami pula.
Asyik tanya esok nak gi mana..


Keseronokan bermain anak-anak kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger