UNISZA. |
Isnin semakin lesap. Selasa kian dekat. Sabtu & Ahad aku tak kongsi apa-apa dengan anda. Ada yang dok tunggu. Ada yang dok nanti-nanti. Ada juga yang dah meluat, baca. Ada yang dah boring baca. Itu semua tak penting. Paling penting, aku masih boleh menulis. Aku masih boleh berkongsi. Aku masih ada energi. Aku masih ada idea.
Rumah penginapan. Ada tiga bilik. Dua bilik air. Sewa RM200 semalam. |
Salah satu bilik yang terdapat di rumah tumpangan ini. Setiap bilik ada aircond, tapi tak berapa sejuk. |
Kali ini, sedikit perkongsian aku & mem & anak-anak. Kami sekeluarga berkelana ke Kuala Terengganu. Menyibukkan diri dengan pesta konvo Unisza ke 4. Menempel booth CDM Hamaka. Buat promosi-promosi produk Hai-O. Tambah sikit dengan baju-baju untuk penuhkan ruang. Booth dapat pun besar. Kalau setakat produk Hai-O memang nampak lompangnya.
Nasi Ayam Yunnan. Menjadi pilihan kami, sekiranya kami ke sana. Tapi kali ini, aku dah rasa lain macam. Tak sesedap selalu. Nasinya lebih keras... |
Kami menempel. Sikit-sikit barang lain buat sampel. Tapi kami menganas dengan PB. Dapat tambah bakal-bakal prospek. Bakal-bakal prospek, memang berminat dengan keajaiban PB. Bukan setakat berminat dengan keajaiban PB, malah terpikat dengan kehebatan buat duit bersama PB dan ATM181. Cuma tak ada yang terus join. Kena buat kerja susulan. Kalau rajin, adalah sales.
Salah satu aktiviti yang ada. Memanah. |
Baby juga tak nak lepas peluang. Belajar memanah. |
Tudung Fareeda pun ada. Menjadi tarikan utama pada pesta konvo kali ini. |
Kami berada di tapak pesto konvo selama 2 hari 1 malam. Kami bertolak ke Unisza sekitar jam 9.30 malam. Kami sampai Unisza 3 pagi. Singgah melantak patin tomyam dulu di Rizqi Tomyam. Pekena dulu dua ekor patin masak tomyam. Meratah sakan Aiman & Baby.
Menapak menuju UNISZA. |
Menginap di Homestay. Tak jauh dari pintu masuk Unisza. Jalan kaki je, ke tempat konvo. Nak cari hotel. Jauh kat KT. Lagi pun cuti sekolah. Susah nak dapat bilik. Konvo lagi, tambah susah nak dapat bilik. Dah ada pengalaman pahit cari bilik hotel ketika musim cuti sekolah.
Homestay. Ok. Murah. Selesa. Macam rumah sendiri. Cuma sikit panas. Setiap bilik ada aircond. Tapi dah disetkan. Sekejap hidup. Sekejap mati. Panas giler. Tidur ruang tamu. Sejuk walaupun hanya guna kipas. Astro pun ada.
Hari sabtu. Mula buka booth. Pagi-pagi lagi mem pi buka. Aku & anak-anak sambung tidur. Kepenatan drive. Dah tua-tua ni, kena rehat selepas drive long distance. Pada mulanya nak tolong Hamaka je. Tapi bila sampai tapak konvo. Urusetia ofer booth sendiri. Last minit tolak. Jadi mem pun ambil booth. Dapat ruang lebih selesa. Senang gantung barang. Senang display produk Hai-O. Rezeki. Dapat booth sebelah Bank Islam. Dapatlah juga contak mereka. Ada yang nak teruskan perkenalan ini. Sambung pula dengan biz.
Aku & anak-anak. Lewat ke sana. Lepas mem ambil untuk makan tengahari. Cari nasi ayam hainan di Pantai Batu Buruk. Balik dari situ, kami semua singgah kat tapak konvo. Sempat pusing-pusing. Tengok-tengol apa yang patut. Sempat juga beli buku. Sebelah booth Hamaka.
Selain buku. Aku & anak-anak. Melantak gear box. Wow best giler. Murah giler. Kali ini sikit cacat. Majlis Istiadat dijalankan di Stadium Tertutup. Jauh dari sini. Jadi tak ramai ibubapa & saudara yang memenuhi tapak konvo. Harapkan student saja. Bila malam, baru orang sekitar turun konvo. Malam memang meriah. Penuh pengunjung tapak pesta. Hujan renyai-renyai pengunjung tetap ramai.
Malam itu, aku & aiman balik homestay. Layan bola dulu. Lepas bola datang balik. Terlepas persembahan wayang kulit & konsert Ramli Sarip. Tak apa. Puas hati tengok Harimau Malaya menang ke atas Garuda.
Malam tu. Layan EPL. Kunjung kedai makan depan homestay. Aku & Aiman sempat layan Man City vs Aston Villa.
Nasi dagang kg manir. |
Lenanya Aiman & Baby tidur. Kami ke Manir pun mereka tak sedar. Keletihan kot. |
Tidur dalam kereta. |
Hari ke-2. Pagi-pagi lagi aku & mem. Cari nasi dagang di pasar manir. Tempat fobret kami. Dah lama tak ke sana. Masih sedap. Masih ramai orang.
Pulun giler. Menarik. |
Balik dari situ. Mem pi pesta konvo. Biz lagi. Layan pengunjung lagi. Kami lepak kat rumah. Sambil baca paper serta buku. Lepas zohor, aku & anak-anak menapak ke sana. Buat kunjungan terakhir. Lepas asar kami dah nak balik.
Berhenti dulu. Ziarah kawan. Duan & Along. Terima kasih. Mee goreng memang sedap. Masing-masing tambah. |
Sekitar jam 5.30 petang. Kami bertolak ke KL. Ikut jalan pantai. Singgah dulu di Kemaman. Jumpa Duan & Along. Dah lama tak jumpa. Tak boleh sembang lama. Nak teruskan perjalanan menuju KL.
Jam 12.30 pagi. Singgah juga di Rizqi Tomyam. Patin masak tomyam jadi pilihan lagi. Tak puas makan patin tomyam. Siap tapau lagi. Untuk breakfast pagi tadi.
Sampai rumah, jam 3.35 pagi. Tidur sekejap di R & R Gombak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan