Jom Follow

Sabtu, 17 November 2012

Pasar Tani MAEPS.

Ziarah Pasar Tani MAEPS Seri Serdang.
Bersama Kartini Mat Yaakob.
Hari sabtu 17/11/12.
Cari ikan patin & ikan talapia.
Jamu anak-anak.

Sampai awal. Banyak peniaga dok ralit susun barang. Jadi kami mengcekik dululah. Garai-gerai untuk cekik mencekik dah siap. Kami pilih Nasi Kerabu & Nasi Hujan Panas dengan kerutuk ayam kampung. Buat peminat/pencari garai-gerai untuk minum pagi boleh datang ke pasar tani.
Gerai Keris. Ramai juga peminatnya. Selain dari keris, ada juga pisau dapur dijual di sini, siap dengan batu pengasah sekali. Peminatnya boeh tahan juga ramai. Aku sekadar tengok, tak masuk otak. Ada Keris yang berharga RM300. Wow! Mahalnya bagi aku yang bukan peminat keris. Tapi bagi peminat dan tahu nilai seni keris, RM300 tak mahal sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable