Salah satu aktiviti ketika di Pusat Konversi Gajah, Kuala Gandah. Mandi bersama anak gajah. Anak gajah berusia sekitar 3,4 tahun. Itu pun dah besar. Kalau yang dewasa....tak payah cite. Nak mandi bersama gajah selepas jam 2 petang. Bilangan gajah yang dimandikan oleh penjaga & bersama pengunjung tak tentu. Semasa kami ke sana. Dua ekor anak gajah dimandikan. Bergilir-gilir. 4,5 orang sekali. Boleh gosok-gosok anak gajah.
Orang ramai. Macamana nak mandi? Cari tour guide. Bayar kat dia. RM10 seorang(cari makan). Tunggu kat tepi sungai. Nak mandi, kena sediakan pakaian untuk bersalin. Airnya sampai pinggang...
|
Giliran kami pula. Sejuknya air...Nampak tu, ada 2 ekor anak gajah sedang menanti kami. |
|
Group untuk gajah lagi seekor tu... |
|
Kegembiraan jelas terpancar diwajah Aiman & Baby. |
|
Baby takut-takut nak gosok badan gajah. Geli katanya. Nak geli buat apa. Kulit gajah tu kasar. |
|
Enjoy dengan aktiviti ini. |
|
Bukan senang nak dapat pengalaman begini. Aku dah cecah 40 tahun, inilah kali pertama boleh sentuh gajah. Boleh gosok gajah. |
Anak-anak, puas hati. Minta nak datang lagi. Kena bagi masa untuk anak-anak. Baru mereka enjoy. Cuti sekolah mereka akan terisi. Kadang-kadang kena pikir. Ke mana nak bawa mereka. Sekitar KL dah selalu. Pengalaman begini jarang dapat. Lihat hutan menghijau. Rasai kedamaian. Sejuknya air sungai yang belum tercemar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan