Dah 2 minggu berturut-turut kami menerjah Safira Club, untuk berkongsi energi & cas energi. Energi boleh tinggi, boleh rendah, boleh naik, boleh turun. Kadang-kadang boleh hilang semua sekali. Jadi pandai-pandailah cas energi. Nak maintain energi pada tahap tertinggi bukan mudah. Mereka yang punya impian luar biasa sahaja yang mampu maintai energi pada tahap tertinggi dalam jangka masa yang lama. Kalau jenis yang biasa-biasa, kena kerap cas energi. Kalau tak asyik layu. Kalau tak asyik moyok. Kalau tak asyik slow. Kalau tak asyik beralasan sahaja. Kena sentiasa cas. Salah satu tempat paling bagus untuk cas energi ialah kelas-kelas ATM181. Selain itu juga, bersemuka dengan Mentor yang berenergi. Boleh juga ikuti blog-blog leader. Ikuti fb dan banyak lagi. Jumpa leader, jika berkesempatan. Jangan segan nak buka mulut, bila bertemu dengan leader. Kadang-kadang leader tak tahu, apa yang kita nak tahu darinya.
Berguru semakin kerap untuk maintain momentum biz ketika cabaran mendatang. Berbagai biz tumbuh di luar sana, mencabar kita punya momentum. |
Kami dah janji dengan diri dan CDM Fitri. Cuti sekolah nak turun ke Safira Club. Ikuti kelas kat sana. Selalunya kami ikuti kelas dari jauh sahaja. Kami kena tahu, rentak biz. Adalakanya kami kena turun. Ada ketikanya kami tak turun. Paling penting momentum biz mesti tinggi. Momentum biz mesti naik. Momentum biz mesti tip top. Ada ketikanya momentum biz terganggu oleh cuaca sejuk. Ada ketikanya momentum biz terganggu dengan cuaca panas. Momentum biz agak kacau sikit. Bila ada gangguan dari luar. Gangguan yang kita tak jangka. Datang ketika kita bizi biz. Tak sangka gangguan datang, kacau momentum.
Semalam. Safira Club hangat. Hujan x halang kehangatan mereka yang hadir di Safira Club. Cas energi, tambah energi, kongsi energi. Sempat juga aku sembang dengan beberapa leader dalam pembikinan. Beri sikit kata-kata semangat. Kongsi sikit ilmu. Kongsi sikit apa yang aku tahu. Perancangan mesti ada kalau nak berjaya dalam tempoh yang kita tetapkan. Kalau tak ada target, biz ikut jadi, memang tak jadi. Kalau jadi pu lambat. Kalau cepat jadi, tapi cepat layu. Target mesti ada. Baru senang nak kerja. Baru senang nak kira, dekat & jauh dari target. Target bagi energi untuk kita bekerja. Bila ada target, kita tahu, berapa orang kita mesti jumpa seminggu. Berapa orang kita perlu call, nak buat appt.
Kami ke sana bersama DSM Azzad. Sepanjang perjalanan pergi dan balik. Banyak ilmu yang kami dapat. Terima kasih DSM Azzad. Kami bertolak jam 4 petang dan sampai ke rumah kembali jam 3.15 pagi. Perjalanan yang mengujakan. Perjalanan yang tidak menjemukan. Perjalanan menambahkan ilmu kami. Perjalanan yang top up kami punya energi.
Semasa perjalanan balik. Singgah di Plaza Tol Kuala Kangsar. Ambil Yus, kawan DSM Azzad. Kat situ ada orang ofer durian. Apa lagi belasahla... Dari Yus pun kami dapat belajar. Rajin bertanya, dapat banyak ilmu. Punya potensi untuk berjaya.
Sempat sembang ilmu dengan SSM Mohamad Azhar. Cabar bulan ini, dapat DSM. Potensi ada. Alasan jangan ada. |
Bio Velocity Sleep Mate huru harakan Safira Club malam tadi. |
Extra energi. Extra rajin.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan