Jom Follow

Isnin, 23 Mei 2011

Ziarah Sahabat.


200520112489, originally uploaded by kartinimatyaakob.

seminar DISC 21/5/2011.
sabtu.
Jumaat petang kami dah sampai.
menginap di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas.
lepas maghrib kami ziarah sahabat lama.
rumahnya dekat dengan petronas kepala batas. 
kami dijamu dengan laksa penang.
memang kesukaan aku, apa lagi betul-betul belasah.sampai 3 x tambah, tak terasa.
abg izan- mengajar di maktab perguruan dan rosmawati- mengajar di kolej matrikulasi penang.
sama-sama berniaga, dah hampir 11 tahun berada dalam dunia mlm.
berbagai suka duka telah dialami, menjadi sejarah buat empunya diri.
alami jatuh bangun, sepak terajang, tempuh jeram dan liku semasa menuju ke puncak kejayaan.
masih bertahan, masih berniaga, masih bina, masih bimbing rakan niaga.
banyak kenangan manis semasa mula-mula bangunkan empayar perniagaan mlm.
kalau ke utara, kerap juga kami bermalam kat rumahnya. melancong pun kerap bersama. sama-sama bergaya sakan ketika hadiri majlis hai-o.
persahabatan kami dengannya alami pasang surut.
membuatkan kami saling memahami, kalau dengar cite-cite pasal seseorang tu, tapis-tapisla dulu.
jangan terus percaya. lebih-lebih cite tersebut datangnya dari mereka yang cemburu lihat keakrabatan kita.
ambil yang positif sahaja. 
persahabatan dan perniagaan mesti boleh beza. persaingan dalam perniagaan menjadikan kita lebih kreatif dan inovatif. 
bukannya nak berjaya, mesti musnahkan seseorang. malaysia ni kecil je. selalu jumpa. ckp beakang tu kena hindarkan. lebih baik berniaga dan bersainglah secara sihat.
hari ini kita di atas, tak semestinya kita akan kekal kat situ. sekelip mata kita boleh berada di bawah. 
hari ini kita hebat berniaga, mana tahu esok kita dah merudum kita punya meniaga. semuanya tak kekal lama. 
nak kekal lama boleh.ada caranya. kena sentiasa tak puas hati apa yang telas dicapai. terus perbaiki. terus lakukan penambah baikan setiap hari.lalui hari-hari dengan penuh kehebatan. lakukan yang terbaik setiap hari.


cdm rosmawati baru pulang dari mengerjakan umrah.


masih lagi hangat.masih lagi mahu bina network. walaupun ada yang mati. ada yang give up.
ada yang dilarikan upline. ada yang dicantas oleh upline. kenikmatan yang wujud dalam dunia mlm membuatkan kami terus hidupkan diri. menahan diri, dari dimusnahkan oleh persekitaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger