bertemu.
dah hujung bulan mei 2011.
jun pula menyusul.
suka tak suka pasti kita kena terima.
masa bukan kita punya. kita tak berkuasa mematikan masa.
semakin pantas masa berlalu. semakin laju meninggalkan kita.
semakin suntuk untuk kita gapai impian tahun 2011.
lebih-lebih lagi, kalau kita jenis bertangguh kerja.
lebih-lebih lagi, kalau kita jenis punyai ribuan alasan untuk tidak bertindak.
ada yang jenis diketuk baru nak bergerak. lagi parah.
dunia hari ini, ketuk mengetuk dah lama orang tinggalkan.
nak maju dan mundur pilihan sendiri.
mungkin sekali 2 akan ketuk. lama-lama orang pun cuak juga.
tren sekarang ni bukan ketuk tapi simbah asid...
closing datang lagi. berapa PV bulan ini.
capai target atau lebih atau jauh dari capai.
ada meningkat, statik atau menurun dari bulan lepas.
kalau jenis tak buat kejo, tak kisah dengan itu semua.
memang dok takat itu je. tak naik-naik. tak turun-turun.
tak muncul-muncul orang baru. nak dapat leader baru jauh sekali.
dok doa je kot. dok mimpi-mimpi je kot.
kalau jenis buat kerja.
jenis ada target.
jenis ada impian.
akan kisah kalau turun.
akan kisah kalau naik.
akan kisah kalau tak naik-naik.
turun apa sebab?
naik apa sebab?
kaki mana yang naik?
tak naik-naik apa sebab?
kena cari puncanya. kena gali asbabnya.
kena cari. kena tahu.
baru senang nak perbaiki. kita yang lemah ke.
kita yang silap.
kita yang kurang kerja.
rakan niaga ada masalah.
mesti ada sebab. sangkut urusan dana.
lulus tapi tak jadi masuk.
tak ada appt. tak cukup appt.
dah mengecut senarai prospek.
itu bulan mei. dah lepas.
dah tak boleh buat apa lagi. dah tak boleh ubah.
berapa PV dan BV, terimalah dengan hati yang terbuka.
jadikanya sebagai panduan buat diri.
jadikan guru, buat diri dalam menuju kecemerlangan.
jun 2011.
bulatkan tekad dan nekad.
tetapkan target. utuhkan impian. kukuhkan matlamat.
berapa PV nak? berapa BV mahu?
berapa RM nak?
buat kerja. take action.
hari-hari bertindak, hari-hari buat. fokus betul-betul selama 30 hari, bukan 1,2 hari.
bukan fokus sehari seminggu, itu pun hari ada kelas.
disiplin kena ada. buat kerana kita nak buat. kita pulun kerana kita nak pulun.
bukan kita buat kerana terbakar oleh upline.
bukan kita pulun kerana upline yang sungguh-sungguh ketuk.
aku tak buat aku yang rugi. peluang dah depan mata.
rebut dah, tapi tak sungguh-sungguh.
sungguh-sungguh pun tak kekal lama.
malam ini. ambil 1,2 jam.
buat perancangan bulan jun 2011.
baiki kelemahan bulan mei 2011, kita buat lebih baik lagi.
kita bawa lebih ramai prospek datang kelas.
kita call lebih ramai prospek buat appt.
call upline, dapatkan suntikan semangat nak berniaga.
rugi kalau tak meletup bulan jun 2011.
bekalan RM untuk puasa nanti.
aku; kamarudin mamat.
isteri; kartini mat yaakob.
dah 10 tahun buat mlm.
rakan niaga dah beribu-ribu.
ada yang masih aktif, ada yang koma.
ramai juga yang dah mati.
dah kalih. dah kebas. dah lali dengan cakap-cakap orang.
dah bersedia dengan mental hadapi semua itu.
cakap dan terus cakap. kami tetap terbang menuju angkasa.
kami tetap cari, bina, kukuhkan network.
Utara, Selatan, Timur dan Barat. wilayah akan kami terokai.
kalau takut pada dilambung ombak, jangan berumah tepi pantai.
tsunami kami mampu bertahan. gempa bumi kami tetap teguh bertahan.
ombak datang dan terus datang. mana boleh halang. sekali besar dan biasanya kecil je.
sekadar cakap nak melepaskan tanggungjawab diri sendiri pada kami.
banyak berteori dan praktikal tak pernah bikin. memang tak berapa nak jadi.
kita tak boleh ubah orang lain.
tp, kita boleh ubah diri sendiri.
kita tak boleh ubah masa lalu.
tp, kita boleh ubah masa depan.
kita tak boleh halang orang kata kat kita,
tp, kita boleh kawal respon terhadap kata-kata orang.
itulah kami....hakikatnya ada aku kesah...yang meniaga aku....yang nak penuhi impian aku....yang makan banyak aku....yang segalanya yang aku yang punya....impian aku masih banyak...untuk laki aku....terima kasih kerana teguh berdiri di kiri kanan depan belakang atas bawah bersama aku.....ada aku kesah......
BalasPadam