Jom Follow

Isnin, 23 Mei 2011

Lihatlah kesungguhan Tuan Haji Hanim.
bakar semangat siapa yang hadir ke dewan millinium kepala batas
pada 21/5/11, sempena penganugerahan sm & ssm utara.
kesungguhan nak lihat kejayaan kita.
nak lihat ramai-ramai orang kita berjaya dalam perniagaan.
nak lihat lebih ramai orang kita memilih perniagaan sebagai kerjaya pilihan.
nak lihat orang kita jadikan perniagaan pilihan pertama dan bukannya pilihan terakhir.
buangkan rasa takut gagal. buangkan rasa tak boleh berjaya.
kita diberi potensi tanpa had, kenapa kita hadkan kebolehan diri kita.
yakinlah diri kita hebat. kita boleh berjaya. 
terjunlah ke alam perniagaan, kalau tak kita akan terus ketinggalan.
kita akan terus dok dibelakang orang lain.













ada yang kata dah selalu dengar.
dah tahu apa yang nak dia cakap.
amboi! dah selalu dengar.
dah bertindak ke.
dah lakukan perubahan ke.
dengar lagi, lagi dan lagi sehingga kita ambil tindakan untuk berubah.
bukan sekadar dengar je. tak buat.
akademi taipan 181 selalu bekerjasam dengan tuan haji hanim.
ternyata ramai yang terangsang selepas slot beliau.
ada yang buat keputusan terjun ke dunia perniagaan sepenuh masa. 
ada yang terus bertindak agresif sehingga berjaya capai impian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger