Jom Follow

Rabu, 11 Mei 2011

bye bye!!


dunia mlm dunia yang dipandang sinis oleh segelintir masyarakat. siapa yang menceburi dunia mlm, pun dipandang sebelah mata. kalau cakap kita buat mlm, ramai yang angkat kaki. tak nak berkawan dengan kita. ada yang dengan tiba-tiba menjadi musuh. tak boleh bertemu muka. nak bertembung dah lari. ada hantu ke kita. apa salahnya kita. kita hanya berniaga. tak nak berniaga, tak apa. kita berkawan saja. mana tahu, mereka dapat minum free.dah ramai yang berjaya dan tak kurang juga yang gagal. masalahnya mlm dikaburi oleh penipuan pelaburan. hinggakan orang ramai tak boleh nak bezakan antara mlm dengan pelaburan. padahal mudah je nak beza. berniaga mesti ada barang. kena lakukan penjualan disamping penajaan. tak ada penjualan dan penajaan, maka tak adalah income masuk. pelaburan, tak ada barang. masuk sekali je dan dok saja tunggu duit masuk bulan-bulan. keuntungan bulanan yang tak masuk akal. keuntungan bulan cecah 10%. mana ada didunia ini, keuntungan sebanyak itu. kalau 10% sebulan.setahun 120%. gile punya pelaburan. sepanjang aku hidup tak pernah jumpa pelaburan keuntungan sampai 120% setahun. ini bererti skim cepat kaya ada la tu.

mlm sama seperti meniaga lain juga. bukan kaya dalam sebulan 2. kena bagi masa juga.kena kerja keras juga. kena rajin juga. kena kerja tekun. kena buat berterusan. kena ada perancangan. kena ikut orang yang dah berjaya. kalau masuk mlm, nak kaya dalam 2,3 bulan. memang tak dapat. mungkin kita boleh dapat income 4,5 angka. tapi bukan bererti kita dah berjaya. kita buat mlm, nak capai impian. mungkin mustahil nak capai kalau kita makan gaji saja. mlm nak cepat capai impian. boleh pencan awal lah kiranya. beri masa, katakan 10 tahun. kita nak semi pencen. 5 tahun lepas itu kita dah boleh pencen sepenuhnya. ini yang kita mahu. pencen awal. 15 tahun buat kerja giler-giler. dah boleh pencen. dah capai kebebesan masa dan kebebasan kewangan. tak perlu terkejar-kejar ke opis. boleh joging. boleh minum-minum dikala orang sibuk kejar punch card.
selepas suatu masa. kita boleh kerja 2,3 hari seminggu. lain-lain masa tu kita boleh buat apa yang kita suka. boleh main golf.main boling dan banyak lagi. semasa meniaga giler-giler, kita bina pasif income mantap-mantap. dapat rm20-30K sebulan. kalau makan gaji, mugkin kita kena kerja hingga umur 58 tahun. masa tu, apa lagi yang boleh kita buat lagi. nak jalan-jalan dah berumur. nak pusing dunia pun dah tak larat. 
aku dah nak gi safira club. runtin mingguan. tadi baru lepas makan kat saba, cyberjaya. panggilan nasi arab sukar nak halang. asyik nak belasah je. 
bye bye jumpa lagi malam ini..

2 ulasan:

  1. Saya setuju sangat dengan entri ni Bang Din. Nampak sangat member saya ni seperti yang Bang Din tulis ni. Cayalah..
    Kalau ajak buat kerja jahat memang nak....
    apa punya olang...

    BalasPadam
  2. 'apa aku kisah dgn mereka'
    aku tetap buat bersama atau tak bersama geng-geng. arah tuju dah jelas.

    BalasPadam

Powered By Blogger