Jom Follow

Isnin, 16 Mei 2011

Konvensyen cdm; Perlu Berubah.

nak maju. nak kekal hebat.
nak sentiasa jadi no 1.
mesti lakukan perubahan. mesti alami perubahan.
tapi bukan mudah nak lakukan perubahan.
tak semua orang suka lakukan perubahan.
dah selesa dengan cara lama.
dah berjaya dengan cara biasa, nak berubah apa lagi.
kita akan berada ditakat lama, kalau tak buat perubahan.
persaingan dalam perniagaan amat sengit.
siapa tak berubah, pasti ketinggalan.
bukan senang nak berubah, tapi tak mustahil.
nak tahu, boleh lakukan aktiviti di bawah.
lipat tangan.
anda lipat tangan cara biasa.
katakan tangan kiri sebelah atas, tangan kanan sebelah bawah.
kali ini cuba lipat tangan dengan cara yang berlawanan iaitu
tangan kanan sebelah atas, dan tangan kiri sebelah bawah.
susah wow!


 

kena berkali-kali buat baru jadi.
bukan skali dua.
buat pun dgn perlahan-lahan.
nak berjaya mesti lakukan perubahan.
kena lebih kreatif dan inovatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger