bertemu lagi. masih lagi cite semalam.
cite ziarah Sarawak. bertemu mata dengan leader-leader Sarawak.
berkongsi pengalaman dan bagaimana nak bertahan lama berniaga.
dicelah-celah kesibukan, sempat juga kami ke serikin(harap betul ejaan), Bau.
2 jam dari kuching. dah lama niat nak melawat, jadi semalam baru ada kesempatan.
terima kasih pada cdm asiah dan ddm wada serta ddm kunaini, sudi menjadi peneman kami.
serikin adalah bersempadan dengan negara Indonesia.
hujung minggu akan ada pasar kat situ. ala-ala pasar minggu atau pasar malam.
mula sabtu tamat jam 2pm hari ahad.
peniaga dari negara jiran datang menjual. pelbagai barangan ada.
pilih saja. dulu Tebedu jadi tarikan, kini kat sini pulak.
cdm kartini dan ddm kunai. tempat parking kereta.
penuh. kereta dan bas. kiri kanan jalan juga penuh sesak. berpusu-pusu manusia.
shooping kat sini.
warga indonesia yg menguasai pasar ini. orang kita, pembeli.
rantau panjang kelantan, orang siam peniaga, pembelinya orang kita.
sepanjang 2 km kot gerai-gerai tepi jalan. jam jalan nak masuk.
shooping sempena hari gawai dan cuti sekolah.
kain ini pun ada. tak tanya pulak berapa harganya.
telekung sembahyang pun banyak.
pelbagai corak ada. ada murah. ada mahal.
3,4 gerai yang jual guiter. siap ada buku skali.
kulit kayu manis. besar-besar. kt biasa tengok kecik2 je.
bubu ada, saji ada
bawang merah...
ini aku tak tahu. kulit apa?
ramai yang datang. ambil kesempatan sebelum balik cuti. orang kelantan pun ramai juga.
dari cakap-cakap mereka.
kuali, periuk pun ada.
ini salah seorang peniaga kat sini. sempat aku sembang dengannya.
Hajah Busera. umur 62 tahun. asal Padang, Sumatera Barat. dah 4 tahun berniaga di sini.
sebelum ini berniaga kat Tebedu, tapi tak menarik orang ramai lagi.
pindah ke sini pulak. nak ke sini perlukan 3 jam lebih.
berniaga telekung solat. gigih bekerja.
kenapa masih berniaga?
isi masa lapang. bukan setiap hari pun.
hanya sehari setengah je. sewa pun murah.
hanya rm20 seminggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan