10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna.
1) Apabila mendengar AZAN, bangunlah sembanyang serta merta walau dalam keadaan apa sekalipun.
2) Bacalah AL-QUR'AN, tatapilah buku-buku ilmiah, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkan zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.
3) Berusalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB kerana bahasa arab yang betul itu ialah Syiar Islam.
4) Janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
5) Jangan banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6) Jangan banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7) Janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakitkan orang.
8) Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9) BERKENAL-KENALLAH dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.
10) KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan