barisan wira dan wirawati dari sabah. tak gentar hadapi cabaran. tak lemas dek sindiran. tak goyang dek gempa bumi. tak pecah, dek letupan bom atom. tak undur walau setapak, lantaran berjuta-juta no'. tak kecewa, tak sedih, mereka tetap tabah hadapi semua cabaran dan halangan. biasalah hadapi semua itu, kalau nak jadi orang hebat. jangan mintak cabaran simple, kalau mahu cipta kejayaan besar.
mereka tetap utuh bersatu. mereka tetap utuh berpadu, membina/menjayakan misi masing-masing. dah ada impian yang mesti digapai. dah ada impian mesti dikejar. dah ada impian untuk diri dan keluarga. cdm hamsah dan ccm mahmud. cdm haison, cdm julasbi dan rosmah, cdm siti rahmah dan tam, cdm hjh masni, cdm ainon, cdm maidah, cdm suriati.
mereka merangka. mereka merancang. mereka bertindak penuh hikhmah. melebar sayap masing-masing. meneroka wilayah masing-masing dan pulang ke induk berdiskusi kegembiraan dan kesedihan sepanjang perjalanan mencari sinar. mereka hanya perlu sikit suntikan motivasi sahaja dah cukup untuk membakar semangat juang mereka.
cdm hamsah bersedia bersama anak buahnya gegar kembali bumi sabah. bertekad padu semasa konyensen cdm tempoh hari. awas siapa yang masih keliru, jom bersatu dengan mereka agar tak lagi keliru. siapa yang masih di atas pagar, terjun cepat-cepat berpadu dengan mereka. siapa yang dah mundur, hulurkan tanganmu biar mereka tarik dan pimpin kembali mu berjalan dilandasan sejati menuju pulau impian. siapa yang sedang nyawa-nyawa ikan, bertaut kembali dengan mereka agar anda bisa diselamatkan dan dapat berenang semula. lautan masih luas untuk kita terokai.
sabah pernah tersohor. sabah pernah cecah jutaan sales. sabah cecah ratusan rakan niaga datang kelas. kemana hilang. kemana sembunyikan diri. gelombang datang lagi. tsunami menjengah depan pintu. tiada lagi had pembelian seorang sebulan. tiada lagi puncah sales rm5k sehari. dah sama seperti dulu. meniaga dah rata. meniaga dah smooth. meniaga dah meriah semula. cdm akan sibuk semula. hari-hari penuh appt. seluruh sabah jiwa-jiwa mereka akan sampai. hari ini,semangat mereka telah terpancar seluruh sabah. dah sampai sandakan, dah muncul di tawau, dah meresap di keningau, papar, ranau, lahad datu, labuan, sepitang, apatah lagi di bandaraya kota kinabalu tempat bermulanya sejarah kegemilangan akademi taipan181. malah semangat itu, turut terpancar/ membakar semangat kami di semenanjung ini.
cdm kuyah. tak jemu-jemu bertamu ke sana. sentiasa bersedia berbakti, bila diperlukan. pengorbanan terbalas bila, anda capai apa yang diidamkan. bukan wang ringgit diperkirakan. bukan masa yang diperhitungkan. kejayaan anda jadi sasaran. kememewahan anda yang diperjuangkan. biarlah anak-anak dirumah dijaga sang suami, asalkan anda berjaya. 'anak-anak doalah ibumu agar sihat dapat berbakti pada rakan niaga ibu, kejayaan mereka juga kejayaaan kita sekeluarga'.
cdm faridah ape kurangnya. semangatnya bertebaran diangkasa sabah. meniup serunai semangat juang di puncak Kinabalu. tak ada datar yang tak dengar. tak ada lembah yang tertinggal. tak ada jeram yang terlepas. hutan mana yang kebal dari seruannya. semuanya pasti sampai seruan keramat. teruskan berniaga bersama akademi taipan181. kita dalam landasan yg benar.
cdm julasbi,cdm haison, ccm mahmud dan ccm tam. gandingan mantap. bersama-sama membentuk team yang berkarisma. memecah tembok kejumudan pemikiran. 'kita dah dilahirkan miskin, mana mungkin bisa jadi jutawan.'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan