Jom Follow

Selasa, 17 Mei 2011

Konvensyen cdm; Dok Borak-Borak.


150520112438, originally uploaded by kartinimatyaakob.


santai sambil berseminar.
sembang-sembang ilmu menuju pulau impian.
singkirkan 'kalau' dari kamus hidup.
wawasan dah jelas.
mesti lakukan perubahan kalau mahu terus subur berniaga.

 bincang bersama.
nak suburkan berniaga.
nak capai impian dengan menekuni mlm.
nak kukuhkan disiplin diri, menuju kejayaan.
perlukan perubahan. diri, ilmu, strategi dan skill.
kalau tak mahu ketinggalan dan akhirnya mati ssajo.

berbincang cari strategi terkini, tercanggih dan terbaik.
cari wawasan masa depan yang gemilang.
kita tak boleh lagi berbangga dengan kejayaan lepas.
hingga terlupa cipta kejayaan dihari muka.
meniaga terus kembang
tak boleh lagi rasa selesa.
kelak kita terus tertinggal atau putus gerabak.
rugi kalau kita yang memilih untuk memutuskan gerabak keretapi menuju kejayaan.

kita pernah jadi yang terbaik.
idola pada group lain.
untuk kekal jadi idola.
mesti mampu cipta kejayaan demi kejayaan.
kejayaan yang lebih hebat dari dulu-dulu.
masa krisis bakal berakhir.
zaman kemarau mula berlalu, mendung mula mendatang.
hujan akan turun, menyuburkan hati-hati yang kering.
cdm aida hebat.
cdm hanim hebat.
cdm aidil hebat.
orang hebat mesti bangun setiap kali jatuh.
mesti boleh bekerja luar biasa hebat.

kita mesti guna strategi terkini.
cari prospek yang kelaparan.
cari prospek yang punyai seribu impian.
cari prospek yang muda-muda.
punyai tenaga hebat.
punyai impian hebat.
yakin pada potensi diri.
kita bimbing mereka.
kita pimpin mereka.
paling utama kita taipankan mereka.

kita adalah apa yang kita pikirkan.
pikir boleh, kita pasti boleh.
kita pikir gagal, kita semestinya gagal.
kita pikir tak boleh, kita memang tak boleh.
kita pikir tak mampu, kita memang tak mampu.
berniaga adalah jihad ekonomi ummah.
tinggalkan keluarga demi keluarga.
korban masa dan wang ringgit, demi keluarga tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger