Jom Follow

Rabu, 18 Mei 2011

Konvensyen cdm; Marah-marah???

dah tamat.
jam 12 tengahari.
bukan berakhirnya hayat berniaga.
konvensyen seumpama talian hayat.
konvensyen bagaikan vitamin tumbesaran.
konvensyen bagaikan penyelamat buat kami.
mana-mana yang masih di atas pagar, sila terjun sebelah sini.
tinggalkan keraguan yang membelengu, boleh lagi ke tak.
ada orang nak lagi ke. mana mahu cari prospek. 
pertanyaan itu, menggugat percaya pada industri mlm.
masih ramai bergantung harap pada hai-o.
masih ramai yang pilih hai-o, sebagai wadah perjuangan.
mereka masih menikmati kemewahan.
mereka masih menikmati kesenangan.
mereka masih boleh melancung.
masih pakai kereta.
masih tambah motorbike.
mereka juga sedar. bukan mudah nak berjaya.
nak pertahankan kejayaan lagi susah.
kena buat perubahan. kena lakukan transfomasi.
kian jelas tujuannya. kian cerah destinasinya.
wawasan kukuh. sokongan padu. 
sama-sama menuju ke pulau impian.







kembalinya ke destinasi, bawa sejuta harapan.
bawa wawasan baru yang lebih bermakna.
lebih bercahaya dan tak sabar nak kongsi dengan rakan niaga. sebelum ini kita takut pada bayang-bayang saja. tak wujud pun bayang-bayang tersebut. kita takut kerana percaya diri dah kurang. kita takut-takut kerana motivasi kerja menjunam. kita takut-takut kerana suara hati dah negatif. kita takut kerana kita berjuang seorang diri, tanpa pandua dari upline dan mentor. 
usah kabur lagi. kabus ketakutan musnah sudah. melangkah lebih laju. melangkah lebih mantap. melangkah lebih kukuh. bina masa depan gemilang melalui mlm. biarpun orang kata mlm dunia sampah. dunia mlm,dunia hitam. dunia mlm, dunia durjana. biarkan mereka dengan pendapat mereka. kita terus melangkah dengan pasti. kita bimbing rakan niaga dengan ikhlas. kita jayakan rakan niaga dengan kejujuran. kita pimpin rakan niaga dengan betul. kita sama-sama berjaya.
setakat dok kata harga barangan mlm mahal. tak jadi kudis pun pada kita. mahal tu relatif. kalau ada duit lebih, tak mahal pun. nak barang berkualiti, harganya kena sanggup bayar. 
kereta kat malaysia, kalau nak dibandingkan dengan negara lain. cukai pun 300% bagi kereta mewah. ulama tak kata salah pun. kita lihat pulak kereta recond seperti mers, bmw, ferari, porsce,tpyota alphad. lagi mahal. cuba tanya berapa harga sebenar kereta itu kat negara yang mereka beli. murah, malah terlalu murah. ada yg beli RM12K, RM15K, tapi jual, sampai RM300K. tak bising pun. tak kata haram pun.


ada yang gagal. marah-marah.kenapa nak marah.
sepatut tanya diri dulu kenapa gagal. kenapa tak jadi-jadi. kenapa sekerat jalan je buat.
diri sendiri yang tak nak buat. diri sendiri yang buat tak sungguh-sungguh. diri sendiri yang nak cepat. diri sendiri yang memandai-mandai. diri sendiri yang tak nak follow orang berjaya.bukan masuk hari ini, 2,3 bulan dah kaya. masuk hari ini, esok jutawan. mana ada gitu. bagi masa buat diri dan upline bimbing dulu. ikut cadangan kerja mereka. buat apa yang disarankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger