Jom Follow

Isnin, 9 Mei 2011

Orang Muda 2

 
sambung cite semalam.
bagus sangat ke kalau sponsor orang muda.
habis tu orang berumur tak payah sponsor.
mana nak pilih dulu, kalau appt ada 2.
satu orang muda, awal 20an.
satu lagi dah berumur awal 40an.
bukan aku nak adakan polemik.
sekadar berkongsi pengalaman.
masa aku dan isteri mula berniaga. masa tu masih muda.
belum pun cecah 30 tahun.tenaga dan semangat juang masih kuat dan hebat.kehendak masih banyak,keperluan belum terpenuh sepenuhnya.rumah belum ada.kereta yang selesa belum mampu.banyak keperluan kena tanggug-tangguh dulu.tunggu ada duit.bila peluang datang.bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.peluang terus diambil.ligat bagaikan lipas kudung.appt penuh selepas sekolah. balik rumah pun lewat malam. esok boleh kerja lagi. hujung minggu penuh, keluar pagi balik pagi. pusing 1 semenanjung.
cite negatif tak ada masa tu. ada tapi tak layan. dengar tak dengar jer. gossip tak masuk kepala. kata-kata orang negatif tak masuk otak.sekadar dengar. keinginan nak berjaya terlalu kuat masa tu. maklumla masih muda dan banyak keperluan belum tersedia lagi. tak cari sendiri, tak ada siapa yang akan bagi. mesti berdiri atas kaki sendiri. orang tua dah sekolahkan kita sampai U je. nak hidup, usaha sendiri. nak dapat lebih, mesti usaha lebih. nak susah, itu pilihan diri sendiri.dengan berniaga ini, kami dapat penuhi keperluan dan kehendak kami dengan lebih cepat lagi. kalau sekadar makan gaji, mungkin 10-15 tahun lagi baru dapat. kami target, kurang 10 tahun kami mesti settle keperluan asas.
tahu berniaga sahaja. setkan appt. jumpa dan sharing peluang.
orang tak nak, tak kisah. cari lain. setkan appt lain. jauh dekat bukan soalnya lagi. janji mahu dengar peluang keemasan ini. buat,buat, dan buat. anak pun belum sekolah lagi masa tu. senang nak berniaga lagi. kami pun bekerja bersama-sama.sama-sama menuju pulau impian.
sekarang???
masih buat. masih bersemangat. kami sponsor juga. kami cari, kawan-kawan atau geng-geng lama. ada yang masuk, tapi cepat hilang semangat. semangat tak sekuat orang muda. kehidupan dah agak stabil, gaji dah ok, rumah dah ada, kereta dah habis bayar. kerja kerajaan dah gred 44/48. 
pikir punya pikir. kehendak dah banyak terpenuh. yang tak terpenuh tu hal-hal tak wajib. boleh tangguh dulu. tak perlu terkejar-kejar lagi. anak-anak tengah membesar. dok sibuk hantar/ambil anak tiusyen. 
tapi kalau orang muda, nak, kalau boleh terus dapat. itu yang bagusnya sponsor orang muda. terus bekerja. jadi kami pun kena cari prospek yang lebih muda dari umur kami. kalau boleh 10 -15 tahun lebih muda. baru boooom kot.
 
ini hanyalah telahan/pendapat pribadi aku je. tak semestinya betul. aku pun masih belajar dan mengkaji dunia mlm ini. masih banyal lagi yang kami belum tahu dan belum mahir lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger