malam makin larut. sunyi sepi. hanya sekali sekala bunyi motor atau kereta yang melintasi rumah aku. nak dengar bunyi ayam itik, memang mustahil. nak dengar bunyi suara burung hantu pun mustahil. aku dok kat bandar. burung,ayam, itik, mana ada jadi penghuni bandar. kat kampong adala.
dok sorang-sorang. layan perasaan sendiri. nak sembang pun dah tak ada manusia lagi. semuanya dah tidur. nak layan citcat kawan pun malas. sesekali layan diri sendiri, seronok juga. sesekali bercakap-cakap dengan diri sendiri, bagus juga. sesekali berdialog dengan diri sendiri, ok juga. sesekali khayal, happy juga.
kalu gitu. apa mahu bincang dengan diri sendiri. sape nak mulakan dulu. tajuk ape. berita apa yang nak kongsikan.
banyak yang boleh dibualkan. banyak yang boleh bicarakan. banyak cerita yang boleh digubah dengan diri. bicara la apa-apa yang baik untuk kita terokai. bicaralah apa-apa yang seronok yang nak kita miliki. nyayilah lagu indah, apa yang kita mahu kembalikan kepada masyarakat apa yang telah kita miliki.
bisiklah pada diri mu mat din. aku hebat. aku boleh.aku pasti berjaya. mat din tak ada halangan dan cabaran yang tak boleh di atasi. mat din kau ada potensi luar biasa hebat. potensi tu masih belum kau gunakan sepenuhnya. keluarkan. keluarkan singa dalam tubuh mu. keluarkan seluruh kehebatan yang kau miliki. takluklah dunia dengan potensi yang kau miliki. sumbanglah pada dunia dengan kebolehan yang kau miliki. mat din jangan cepat puas hati dengan pencapaian baik yang telah kau miliki. mungkin esok atau lusa, kau akan ketinggalan. esok, lusa mungkin kamu akan kejayaan itu akan musnah. bertindak. bertindak. bertindak sekarang. usahlah bertangguh. usahlah nak tunggu esok. usahlah nak tunggu selesai segala masalah. buat je. buat je, buat je. tengok hasilnya. tengok hasilnya. kau dah buat, dah capai. dah miliki. dah merasai. cuma tambah lagi tindakan. pasti hasilnya akan bertambah-tambah.
mat din.
dah berjaya ke kamu? macam dah selesa sangat sekarang? dah ok sangat-sangat. dah tak nak kerja lagi. baki akaun bank kamu berapa? dah cukup hidup senang tanpa kerja. dah banyak aset kamu? dah banyak pasif income bulan-bulan dan boleh tampung hidup dengan pasif income tersebut. kalau belum, ayuh kerja lagi. ayuh kerja lebih tekun lagi. kerja lebih lama lagi. peluang masih terbuka. peluang masih banyak. kamu nak dgn tak nak je. kamu fokus atau tak fokus.
mat din.
mana janji mu dulu. nak kerja selama 15 tahun je hai-o. lepas tu dah boleh semi retire. nak kerja, kerja. tak nak pun tak apa. pasif income masuk dah cukup. malah berlebih-lebih. dah dekat. 5 tahun lagi. hanya 1,825 hari lagi. 43,800 jam lagi yang tinggal. dah boleh semak. setakat mana kedudukan kamu. adakah kena panjangkan lagi. kena pecut lagi laju. kena tambah ilmu lagi. kena tambah kawan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan